Friday, July 30, 2010

What the......

tepat pada pukul 8.30pm, aku bertolak dari rumah.
Asalnya, abang aku kata nak drive sendiri sampai KL. Tapi penat sangat dating,
aku kena drive dulu. layan je.

++++++++

Disebabkan terlalu rasa mengantuk, kitaorang berlima behenti kat tepi jalan.
aku, 2 abang aku, kakak n kawan sekolah aku. Perempuan. Nama dia Aimi lah.
Aimi ni belajar kat UIA. Aku ajak dia balik KL sama-sama. Kat tepi jalan tuh, akak n abang-abang aku lepak sambil borak-borak. Pastu abang sulung aku nyalakan rokok. OK, since when abg aku hisap rokok? aku pun tak tahu.

Aku borak ngan Aimi, mengenangkan kisah kami bersama
time zaman sekolah dulu.
Memang best! Gelak je keje ktaorg.
Maklum la, kawan lama. N "special" too. Bergurau senda.
Fuhhh, memang layan lah time tuh.

Memandangkan dah nak subuh, ktaorg pegi masjid. Nak solat.
Time aku lepak kat luar masjid, aku nampak,
"AZAN KINSHI"
are?! pehal azan pun tak boleh???

++++++++

.........eh eh, ni petronas. asal buleh ada kat sini pulak. tengok kiri, tengok kanan, tuh dia. abang aku syok tidur. lah, aku mimpi ke? cilakak.
boleh plak dia stop n tidur. padahal baru je tukar driver ngan aku. ciss. tapi kan, asal pulak Aimi boleh masuk dalam mimpi aku? haaa, rindu sangat la kot.
since lepas spm lagi tak jumpa............

"woi, buleh pulop mu g tdo!"
"xse balik ko?!"

bengang buat seketika. kalau la aku tak tersedar tadi, maybe pagi ni pun still kat raub.

++2 hours later++

sampai kat umah abang aku, dah la tengah lapar ni. Naik kejap cari makanan, hampeh, satu benda pun takde.
ok, baik aku balik Shah Alam. Senang cite. Maggi ada lagi rasanya.

OK. Tuptup. NI makwe aku buat hal! Ko pehal, pagi-pagi camni pun nak buat hal. At least bagi la aku rehat dulu.
tak buleh start la pulak moto aku ni. Mengenang makwe aku seorang lagi kat tbp. dah lama aku tinggal dia sorang.
makwe 2nd aku ni tak boleh tinggal lama-lama, nanti merajuk pulak. T'paksa pinjam moto sepupu kepada abang aku.
sejuk giler bawak moto pagi-pagi. its 4am.

takpe, 3 lapis sweater aku tibai. dah la pikul beg besar macam gunung. mau patah bahu aku. sejam kat atas moto.
at last, sampai jugak aku kat tbp ni.
buleh tido sampai pagi esoknya.

Tuesday, July 27, 2010

Semua Aku Rembat..

Salam. Hari untuk pulang ke Shah Alam semakin dekat. Esok. Still tak tahu pukul berapa akan
bertolak dari rumah. Sedikit berasa tension sebab esok nama untuk re-sit exam akan diumumkan.
Pastu, dengar-dengar re-sit hari khamis. Kalau K balik esok, maknanya takde masa nak study.
Walaupun ada paper yang tak yakin lulus, harap-harap tak ke saishi. Malas nak study balik.

Duk kat rumah pun boleh stress, tambah-tambah dengan beberapa ayat diutarakan oleh parent, sedikit membuatkan diri ini nak balik cepat-cepat ke Shah Alam. Entah la. Kurang betul 1-2 hari ni.

Dan tadi dah berjaya main bola bersama-sama orang kampung. K berjaya score 1 goal. OK la. Tapi ada part tak best. Sakit dada sebab kena siku someone tadi. asal gerak je sakit.

OH! Cakap pasal nak balik, K pegi cari sumua makanan yang agak-agak susah nak didapati kat Shah Alam. Tadi dah makan nasi air (kat orang tuh, jangan jeles), keropok lekor, nasi kukus jaimah, steamboat n minum air kelapa. Best! Kini kekenyangan yang melampau.

Apa menu untuk esok? Ada cadangan orang-orang kat tbp?

Monday, July 26, 2010

Malam Nisfu Syaban...

Salam. Anda mungkin ingat K nak cerita pasal kebaikan malam nisfu syaban ni. oh tidak!
Sebab K rasa anda semua dah tau pasal perkara tersebut.

Bila K kat masjid, tengok budak-budak kat belakang, teringat masa muda-muda dulu.
Ye laa. Duk kat belakang sambil tengok nasi dan air.
Ni time kecik2 dulu....sebelum pegi masjid;

"woi, malam ni ade nasi free ke? Klo xde, xnak ah aku pegi masjid."
ada jugak yang jawab,

"mestila ada, rugi oo..jom ar ajak geng kita. Amek banyak-banyak!"
*dialog korang kena baca dlm loghat kelantan.

haaa..bila je imam dah habis baca doa untuk solat Isyak, K laa yang first duk depan nasi tuh.
Berebut-rebut kitaorang. Macam kat Palestin je. Tumbuk sana, smackdown sini. "woi! tu nasi aku la!! (sambil pegang nasi kiri kanan)...
macam-macam ada, tu la, bila tengok semalam, senyum sorang-sorang.
Ni laa time K kecil dulu. Anda bagaimana?

Kamu Rasa Muda?

Salam semua. Walaupun dah hampir 1 dekad tidak update blog ni, tiba-tiba gatal jari plak nak berkongsi satu cerita. Alhamdulillah, hari ini ada 1 topik ingin diketengahkan.

Buat kali kedua dalam 4 bulan, K balik kampung kat Kelantan.
Sememangnya "home sweet home". Happy je all the time.
Makan free, toksah susah-susah nak pegi turun bawah kat shasha.
OK. Ini perihal seorang hamba Allah kat masjid. SEORANG TUA.
sangatlah tua sehingga dah tak mampu untuk berdiri tegak seperti orang-orang muda.
Berjalan pun teramat slow dan kadang-kadang K nampak dia seakan-akan nak jatuh.

Inilah dia bilal kampung K. Suaranya amat sedap. Rasa dari K kecik lagi dia jadi bilal.
Sekarang K dah besar, tinggi macam galah pun, still melaungkan azan. Bak kata sorang tuh "hosoi nagai".

K rasa macam terharu bila tengok dia jalan nak pegi masjid untuk solat berjemaah.
walaupun dah tua, masih berusaha untuk mendapatkan 27pahala dari solat berjemaah.
K tanya diri sendiri
"Kenapa K susah sangat nak pegi surau, sembahyang berjemaah, padahal still lagi muda, jalan pun laju, berdiri pun tegak..."

K pun dah cuba untuk berubah. Anda? Kalau rasa anda muda, masih sihat, masih mampu berjalan, masih mampu berdiri, apa lagi? Lu pikir laa sendiri. Assalamualaikum.