Sunday, October 31, 2010

Jangan Banyak Tanya!

sebab aku dah malas giler nak update pasal langkawi aku letak je la
ape yang ade.so, korang penah men tengteng tak? aper tuh? "dekchoks".tahu?
ni la permainan traditional yang korang takkan jumpa kat psp, ps3 ataupun wii.
sepower maner pun platfom game korang guner, takde tengteng punyer!
haaa, ni time aku kecik-kecik dlu, memang mantap giler ar. menang beb!
tapi kan, ader je time aku gaduh pasal benda ni.haha.

ni jadinya kalau orang dewasa main tengteng.haha

cakap pasal game traditional, aku juga merupakan king guli!
penah ade budak mai dari jauh semata-mata nak cabar aku. ada yang sanggup
datang dari johor! tuh dia, hang ingat apa, wat bazir duit jaa. for sure la kalah kan.
eh2, ape aku merepek ni.. =.="
ada jugak nama pulau camni.kenapa yer..
++++++++++++++

haa, ni pasal kawan aku. hari tuh, bukan, semalam. aku pun dengar cite jer,
dia cakap masa dia nak balik rumah(aku menggantikan tempat dia);

aku masa tuh kat tbp. nak balik rumah. rindu kat family.
turun lif, pastu aku tengok ade makcik menanges kat pintu lif.
pehal makcik ni, nak berdrama kat sini pulak. ishh!
oh, dia nak bersalin lah. bukan nak salin baju, nak melahirkan anak.
OMG! cuak yang tak terhingga. call ambulans.....no ambulans brape ek?
Ya Allah...


"tut tut, aaa hello, hello! ambulans"

"ambulans kat sini, mau apa?"

"ada org nak bersalin!"

"alamat?" --for sure aku sendiri pun tak tahu alamat tbp ni.taktahu la macam mane
kawan aku gtau.

"alamatnye, kat csr, bla.bla..bla...."

"no telefon?" --tak ke nanye nak tanya makcik tuh no telefon dia. kang terkeluar baby tuh
nak bagitau no enset.

"013XXXXXX"

bak kata kawan aku, banyak soalan lah dari pihak ambulans ni.
tunggu punyer tunggu, sekali ambulans tuh sesat pulak. macam mane ni.
macam mana ambulans boleh sesat pulak! tbp takde la susah sangat pun jalan dia.
kawan aku ni pergi la cari ambulans tuh dengan sepantas kilat.
alhamdulillah. semua dah settle.bagus kan budak ni? kalau aku sendiri, tak
mungkin boleh buat sedemikian.

ambulans camni baru best!kan?

++++++++++++

tapi kan, korang pikir tak, bukan ape kan, kalau la ade orang tengah sakit
tetbe dan perlukan ambulans. aku rasa camni.....

"hello, hello, nak ambulans..."

"alamat?"

"bla..bla..bla..."

"no telefon?"

"celcom, digi @ maxis?"

"bg no telefon rumah je lah"

"tapi saya kat luar, bukan kat rumah"

"jenis sakit?"

"sakit hati!"

"cuba jelaskan keadaan disana"

"oh takpelah, org tuh dah mati da pun, kirer ambulans cancel, tukar van jenazah boleh?"

seriously.its an emergency.be prepared.

Saturday, October 23, 2010

Selingan Buat Seketika.

aku tengah sibuk ngan study, so tak sempat nak update.
mood pun takde.maaf ek.nanti aku update secepat mungkin.

Saturday, October 16, 2010

Vacation : Langkawi Part 2

dah pasal bola, back to the main story.vacation part 2. selepas Underwater World,
kami ke Cable Car.

kali ni aku jugak yang drive.buat-buat macam tau jalan jer.takpa.layan je, langkawi
takde la besar pun.ni 2nd time aku naik cable car dalam hidup aku.satu cable car kena
naik 6org.so entah macam mana aku terpaksa naik ngan orang aku tak kenal.yang tak
tahan, ada 2kapel kat dalam tuh.aku ngan kawan aku.rasa dah macam pasangan gay.

"can u take our picture."

diaorang mintak tolong.aish. jeles la pulak tengok orang kapel ni. aku naik tempat
paling atas.sejuk.suke.tengok kiri kanan, ramai yang berpasangan.lagi la jeles.
sambil merenung jauh, pikir masa depan jap.ade satu jambatan yang agak menakutkan.
bila duk kat atas tuh, rasa nak jatuh je. jalan separuh jambatan je, then patah balik.
takut.haha.dari kecik aku takut tinggi.sorry ar.tapi dulu-dulu boleh pulak panjat pokok
jambu, rambutan ke.kalahkan beruk pulak tuh.ade la amek pic lompat-lompat.nasib baek
tak runtuh tempat tuh.
<--amacam?
<--cantik kan?
<--ni la yang aku cakap tuh.gantung ngan tali jer.takot. <--best!
takde pape pun kat cable car ni.terus ke pantai pasir hitam.nama pantai ni adalah
disebabkan pasirnya yang hitam.aku terbaca sejarah.tak tahu la ke tidak.ke diaorang
reka je kot.

"peperangan cinta antara kerajaan laut dan kerajaan darat.disebabkan kerajaan
darat mempunyai bilangan tentera yang sedikit, mereka membakar kayu di
persisiran pantai.tentera kerajaan laut berundur kerana jumlah tentera darat
kelihatan terlalu ramai.pasir terbakar bersama-sama kayu tadi"

lebih kurang macam tuh la.ingat aku nak percaya ke.bukan budak-budak.yang takleh blah,
omputih kusyuk je baca sejarah pantai ni.

pada malam pertama kami ke dataran helang yang sememangnya takde pape selain
burung helang yang bapak besar.snap few pics, then blah.balik tidur.
<--burung helang terbesar penah aku tengok.

haaa, 2nd day ni yang paling best.sebab kami dibawa ke Island Hopping.BEST!
naik bot laju dah macam naik kuda.angin kuat.ombak pun besar.ade la nak jatuh.
tapi layan.menjerit-jerit kami dalam bot.dah macam budak pompuan.aku pun sama je.
first ke tasik dayang bunting.tak tahu sebab apa dia bagi nama tuh.maybe ade
yang bunting lepas mandi kat tasik tuh.haa, ade beruk tachi n kera2 sekalian.
sesungguhnya ak tak tahu nak beza haiwan-haiwan tersebut.mandi jap.
kedalaman tasik: 23feet.hah.mati bro kalau tak pakai lifejacket.sewa rm5.ade je yang
mandi pakai underwear jer.omputih n indian.haish.malu pulak aku tengok.
<--best.orang asing pun t'tarik kami buat camni. <--yang ni la curi makanan aku.

<--macam cool jer.haha.
<--senang je kami tangkap ikan ni.

then pegi bagi makan kat burung helang.cantik.diaorang amek makanan ikut
nombor.agaknya dah ade mesin angka giliran yang macam kat bank tuh.
sebelum amek, kena amek no giliran.haha.
tengok la.menarek!!

pastu pegi mandi kat pantai ape entah.aku tak mandi sebab air masin.dah
malas mandi.kang sunburn.dah la aku ni hitam.hoho.tanpa aku sedari, snack yang
aku bawak dicuri monyet/beruk/kera.punyer la aku kejar, laju je dia lari.hebat.
nasib baek tak amek kamera.kalau aku dapat tangkap ko, dah lama aku selam dalam
air laut.mak tak ajar ke, mintak je la.owh! ade beberapa aksi tak senonoh kera ni di
khalayak ramai.patotnye jais dah tangkap dorang ni.seks bebas.ish2.

kami ke Beras Terbakar.tempat shopping.sesuai dengan nama tempat ni, kami rasa
macam dah terbakar sebab panas sangat.berpeluh-peluh aku.tak sanggup nak jalan-
jalan.duk dalam van jer.then ke makam mahsuri.tapi tak masuk.jap, makin lama,
makin murah minyak gamat ni.15botol just for rm8!hampir 50sen sebotol.terpikir jugak,
mana pulak dorang ambil minyak ni, murah je jual.ker men sapu air longkang.sama
hitam.

Sejurus selepas itu, kami ke Wildlife Birdpark.tengok binatang.ade beberapa benda
yang omoshiroi (intresting).aku tunjuk pic je la.malas nak tulis.
<--"who's the monkey?"ty org india.=.="
<--bukan org jer kena cancer!! <--ni kat cage buaya.aku pun takkan caye rebirth.


nantikan part 3..

Wednesday, October 13, 2010

I'm red and so are you!

UPDATE: sila tengok laporan media kat sini.

ingatkan nak sambung pasal holiday harituh, tapi biar dulu. ada yang lagi
menarik aku nak tulis. sebelum ke isi penting, ingin aku kongsi ngan
korang semua perihal seorang sensei aku.

korang kenal OHP tak?
haaa, aku tak tahu lah kat jepun tak pernah ada benda ni ke tak,
maklum lah, sekarang ni guna projector.sensei bahasa jepun ni,
mengajar aku guna si OHP tuh.kitaorg kurang nampak.

"zoom lah"kata sensei

sekali dia tarik meja OHP tuh ke depan.kitaorg memang dah tak boleh tahan.
ketawa besar.mana ade orang tarik meja kalau nak zoom benda tuh.just turunkan
bahagian lens tuh.ok, pastu dia nak turunkan bahagian atas, tapi tak tahu macam
mana. and lupa bukak cermin kat atas tuh.okay dah.kata lebih-lebih kang tak berkat
ilmu.

semalam aku buat kali pertamanya dalam hidup aku ke stadium untuk tengok
perlawanan bola sepak secara live antara Kelantan vs Selangor.asalnya tak
nak pergi, tapi kawan aku paksa, okay lah.apa salah nak tengok.bila sampai,
aku macam dah teruja giler.sebab dah rasa macam kat Old Trafford sebab
ramai giler orang.dah la semua pakai baju merah! stadium shah alam ni agak
besar jugak.bila masuk, tengok kiri kanan semua penyokong kelantan, sebelah
sana pulak penyokong selangor.waaahh, best kot.



dengan gendang tak henti, ombak penonton, walaupun tak pernah kenal,
tapi kami macam mempunyai satu pemikiran yang sama.bukan penyokong
kelantan sahaja, tapi dua-dua negeri. bila kami dalam offensive, semua
bangun sebab nak raikan jaringan.bila keeper save, semua tepuk tangan.
satu pengalaman yang best.


tapi, aku ingin bersikap jujur kat sini, ada pergaduhan masa half time.
agak kecoh jugak sebab ada yang baling botol air, mercun, kerusi....
aish, nasib baik aku tak terlibat sama.kalau korang nak tahu, ada sedikit
manipulasi kat gambar kat paper, tengok sendiri kat sini.
agak cuak aku nak balik, sebab aku parking moto kat sebelah
pintu masuk penyokong selangor.habislah.

ternyata, aku dikutuk masa nak balik.ada beberapa ayat aku ingat,

"stadium kitaorg dah la mahal, ko kasi jahanam pulak,
stadium korang simen jer"

"haa, tahu penakut.ni la yang buat kecoh tadi"

dan beberapa lagi yang agak pedas.sambil berkata-kata, diaorang hon kat aku.
siap langgar lagi belakang moto aku.nasib baik aku ni jenis taknak cari pasal,
buat-buat tak tahu.aish, aku rasa kan, kalau orang lain, memang dah
gaduh daa.berpeluh-peluh aku nak lari dari diaorg.

Oh!seorang penyokong kelantan meninggal dunia semalam akibat sesak nafas.
ada juga mengatakan ade darah kat kepala dan kesan lebam kat dada arwah.
apa-apa pun, minta semua pembaca sedekahkan al-fatihah.anda boleh lihat semua kat sini.
btw, kalau aku seorang penyokong selangor, aku takkan pergi ke kelantan
untuk support team selangor.dan juga kata-kata seseorang kat FB.tekan sini.

"HENTIKANLAH KEGANASAN DAN PROVOKASI DI STADIUM. HORMATILAH PENYOKONG YANG DATANG BERSAMA KELUARGA. JADIKAN PERLAWANAN BOLASEPAK SUATU YANG MENYERONOKKAN BUKAN YANG MENGERIKAN"

Saturday, October 9, 2010

Vacation : Langkawi Part 1

assalamualaikum.
disini, berdiri tegak saya, dengan bangganya ingin mengutarakan satu syarahan
yang bertajuk, melancong.ehem-ehem.gaya skema.okay, setelah berjaya aku mengharungi
2 minggu yang hima(tak busy), akhirnya kami, budak-budak jad U1 diberi cuti
1 minggu! perancangan aku dan geng, ke Pulau Langkawi.Alhamdulillah, semua berjalan
lancar.first time aku naik bas dari Shah Alam ke Kuala Perlis.

aku bawak beg besar macam gunung! ye lah, beg untuk hiking kan.tuh pun kira sikit je.
naik bas kul 10.30 kat ss17 shah alam, sampai kat Kuala Perlis around 6.45am.solat subuh
dulu.kul 8, naik feri ke Jeti Kuah.nama feri "lada 1".macam takda nama lain ka?
ok, hujan tapi tak lebat pun.nama akak yang handle vacation kitaorg ni, kak ros.
kecik comel je.tapi dah ada laki ar.okay, dia bagi kami kunci van!errr, sebab aku
je yang ada lesen competent, so aku drive.ni first time aku bawak van.serius cuak yang
teramat sangat-sangat!! dah la stereng berat macam ape!boleh berketul-ketul muscle aku
dibuatnya.baru je gerak 1km, van mati.cheh!takda minyak rupanya!takpa, call kak ros.

pegi makan kat kedai mamak sementara tunggu kak ros isi minyak.tak taw macam mana aku
boleh diri tepi waitress dia.eye contact!hoho.nak makan pun tak senang.hahaha.kami dibawa
ke apartment oleh anak kak ros!!memang bijirin!semua dah excited!hujan lebat giler!
sampai kat apartment tuh, anak kak ros bagi payung, cair ayami!haha.sebagai driver,
aku tegur dia,

"errr..dik, nama apa?" tanya aku.

"mila.."jawab dia malu-malu.

"saya syakir..mila takyah malu-malu, buat macam dah lama kenal okay" ujar aku.

"hujan lebat ek.memang selalu hujan ke?"tanya aku, saja nak panjangkan perbualan.

"2 3 hari ni memang macam ni"jawab mila.

"mila, kalau nak pergi naik cabel car, boleh ke?"tanya aku lagi.

"oh, kalau hujan atau angin kuat, tak boleh, bahaya.."jawabnya sambil memandang mata aku.

"rumah kat mana, i mean, our apartment....."kata aku dengan nada rendah.

"ermm, mila naik dulu, rumah A903, pintu warna oren..lif ada kat sana, bila
sampai tingkat 9, belok kanan tau"begitu manja sekali suaranya.

semua geng aku dah tengok semacam.ye la.aku orang first tegur anak kak ros!!setakat dapat payung tuh
aku tak kisah pon.okay, dah settle bahagian rumah.kitaorg siap-siap nak ke Underwater WOrld!
lupa pulak nak mintak no mila!! argghhhh!hrmm, kat Underwater World ni, macam biasa la, hidupan laut lah.takkan la ada gajah dalam aquarium...(T^T)

<----penat tunggu pakcik ni dive.kitaorg yang giveup dulu.<----suka tengok benda ni.berkilat-kilat badan dia. :D

bawak van ni, dah macam bawak bas.nanti boleh la aku tolong pakcik tahir drive bas
dataran pintar.part time!hee~ke dengan peta yang tak berapa betul, sebab simple sangat,
kami berjaya sampai.fuhh, lega beb!aku dengan sesuka hati drive van, ada la yang cakap,

"ko kat depan tak rasa pape, kami kat belakang ni, macam nak mati!"

tuh la, sapa suh aku drive.hahaha.

[p/s: aku tak taw pun nama anak kak ros.main bantai je.aku just tanya cuaca jer!perbualan diatas, ditokok tambah oleh aku sendiri!]

next part coming soon....

Friday, October 1, 2010

Money Money and Probs...

bila aku tak record something, aku pun lupa. sebab tuh la aku boleh
lupa apa nak tulis kat blog ni.betol lah kata seorang imam dalam
khutbah jumaat,
"Ilmu bagaikan binatang buruan, burulah ia.
Tulisan bagaikan tali ikatan, ikatlah dengan kemas"

aku lost bila nak kaitkan 2 ayat diatas. takes time tapi berjaya jugak.

"ikatlah binatang buruan dengan kemas"

oh! maknanya, kalau nak ilmu lekat dalam kepala otak ni, kena tulis!
makes sense! begitulah aku teruja dengan kata-kata imam itu.
bukan senang aku nak dengar khutbah ni.most of the time aku tidur je.
nasib baik tak bedengkur je.kalau tak, skali imam tuh baling tongkat,
tak ke mampos aku. :D

ingat dapat la bergembira bila masuk bulan 10 ni. ye la, duit pun baru masuk.
tapi segalanya berubah. yang ceria menjadi suram. duit kena tolak. aku
dah kena bulan 9. bulan 10 pun kena gak. tapi aku lepak je ar. sebab
9 sebab rambut aku panjang(takde la panjang pon, kan..).untuk bulan 10
boleh katakan semua budak JAD kena kowt.rm50.rm100.rm150+.bising 1JAD.
bukan kami je taw, awie pon taw.siap buat lagu lagi.tragedi oktober!!




bak kata kawan aku,

"Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat, diam-diam ypm elaun kami kena potong."

aku bukan jenis penyabar.tapi aku buat-buat tak tahu je.bila dengar kawan-kawan
aku kena jugak, rasa nak marah.bukan sikit.rm150+!!! apa la kesalahan diaorang
sampai kena tolak banyak sangat! yang muka innocent giler, pakai seluar atas pusat,
rambut sikat tepi pakai spek tebal, pon kena jugak.lagi la tak paham.tapi takpe, ypm
akan keluarkan notis, apa kesalahan kami.sebenarnya, potong tanpa notis tuh la buat kami marah,
kan kawan-kawan?

tertarik dengan perhintungan kawan aku ni,

[ breakfast = rm2]
[ lunch = rm5]
[dinner = rm6]

bila didarab ngan 30hari, 30x(2+5+6) =??
do the maths. rm390. duit kami selepas ditolak, rm380.
haaa, baki dia negative tuh.tuh kira makan basic je.kalo shasha tak bukak, mana kami nak makan?
kat teratak?macam dah nak bunuh diri lintas jalan.dah la kete laju.lori pon sama je.
kalau nak pegi giant ke, duit teksi lagi.dah la teksi mahal.so, mana rasional nya
tak bagi bawak kenderaan?nak pegi bandar shah alam lagi.
sah2 dah memang tak cukup duit tuh.si habib pulak, dia cakap duit dia tinggal rm30!
bapak ah..apa dia nak makan.

tak pasal-pasal si kouhaitachi kena marah.sebab kami macam jadi mangsa keadaan?
apa-apa pon, kita tunggu sesi berdialog dengan pihak penaja.
tapi aku kena gunting dulu ar rambut ni, kang tak pasal-pasal kena saman lagi. :D