Saturday, May 5, 2012

Cerita Sebulan Di Sini! Part 2.



Assalamualaikum. 



Bersambung dari cerita aku yang lepas.

------------------------------------ Akihabara : Electric Town -------------------------------------


Sementara ada masa untuk lepak, aku keluar ke akihabara atau nama singkatnya Akiba. Akiba ni macam bandar khas untuk kipas susah mati gadget. Macam macam benda ada jual kat sini dan aku terbeli denshi jisho(Kamus Elektronik). Bagi aku, seorang yang kurang pandai bahasa Jepun nya, memang memerlukan denshi jisho ni. Disebabkan aku jenis yang rushing, aku terbeli yang mahal punyer. Harga dalam 27510yen (RM1047.77). Amek ko. Kawan kawan aku beli dalam RM400 je. Salah sendiri.



Ni la denshi jisho tu T.T



------------------------------------ Kanagawa Prefecture-------------------------------------


Seminggu selepas duk kat Hachioji Seminar House, aku dijemput oleh senpai(senior) yang baik hati untuk pergi ke tempat aku belajar iaitu Tokai University dekat Kanagawa Prefecture. Macam Negeri Kanagawa la senang cite. Sementara tunggu masuk rumah, kitaorang pegi settle kan gaikokujintourokusho atau nama pendek dia gaito(alien card) memang kami ni macam alien pun duk kat sini. Baru la paham perasaan bangla kat malaysia. orang tengok pelik je. HAHA. 

Bila dah settle gaito boleh la kami buat ginko koza(bank account). buku dan kad bank pun comel je. Tapi nanti aku upload gambar. ade kena edit sikit. Lepas bukak akaun bank baru la boleh beli enset. bukan senang macam kat Malaysia, asalkan ade duit boleh beli terus. Senpai bawak kami ke Softbank memandangkan semua orang guna softbank. Handphone yang tak lain tak bukan, Iphone 4S. Bila usha usha kat kedai tu, ipong ni la yang paling murah. so terpaksa lah dengan bayaran lebih kurang 50,000yen(RM1904.34). 


------------------------------------ Sankyo Gakuyu Kaikan-------------------------------------


Dengan kata lain, rumah aku. Punyer la panjang nama dia kan? Kalau nak tengok rumah aku camne boleh la tengok tengok balik post aku dulu atau sini. Sebelum masuk rumah, aku kena ikat perjanjian dengan fudosan(tuan tanah kot). dan aku perlu bayar sedikit wang sebelum masuk rumah termasuk duit sewa. total dia 94,000yen(RM3580.17). Mahal kan? Nak taknak memang kena terima hakikat sara hidup kat sini memang mahal.Semua bayaran dibayar dengan duit biasiswa bukan duit mak bapak aku. Alhamdulillah dapat biasiswa. :)


Dekat belakang rumah aku boleh nampak gunung Fuji dan boleh layan sunset. Pernah sekali aku tangkap gambar sunset ni. 


Cantik kan?




------------------------------------ Tokai University -------------------------------------

Tokai University merupak tempat aku menuntut ilmu. taknak bercerita pasal subjek ape aku amek sem ni. apa yang nak aku share dengan korang adalah kawasan U aku yang cantik. cantik nya ciptaan Allah SWT. Aku letak gambar je la ekk.













p/s : Sorry gambar senget. malas nak rotate. sila pusing kepala anda. :D