Monday, July 30, 2012

Benda yang sudah normal bagiku.

Assalamualaikum.


Guwa masih rasa trauma part time basuh tandas tempoh hari masa cubaan guwa nak basuh tandas rumah sendiri semalam. Dalam trauma tersebut timbul pula idea nak tulis entry ni. Apakah ini critical thinking? mungkin.


Dengan masih terngiang ngiang lagu whistle nyanyian datuk flo rida, guwa lagi bersemangat nak menulis pagi ni. sekarang pukul 9.30pagi tapi matahari kat atas kepala. Sat lagi bilik guwa jadi sauna la hendaknya.

Teringat lagi kehidupan guwa sebelum datang jepun dulu. Mak dan ayah dan adik beradik aku suka kecoh kat sape sape dorang jumpa cakap aku nak felai jepun. Guwa kurang selesa sebab masa tu guwa tak comfirm fly lagi. Guwa jenis kalau benda tak comfirm, tak payah cite. Nanti tak jadi kang malu. tuh ja.

So nak jadi cerita, bila mak bapak guwa cakap kat member dia aku nak felai, aku dah boleh agak dah member makbapak guwa nak cakap ape. Dorang komfirm akan tengok muka aku yang lebih kurang keling ni pastu cakap,

" Haaa, muka pun nak sama macam jepun dah "

Guwa boleh senyum ja pastu paling tidak guwa buleh balas,

" Amemey pung." (baca : memang pun)

Kalau cakap macam tu guwa tak kisah sangat sebab masa guwa masuk tahun akhir kat Malaysia sekali pun, lecturer guwa pernah cakap,

"nihonjin mitai dana" (lebih kurang orang jepun)

Guwa mampu senyum kambing ja. Mungkin betul la kot. Masa mak mengandung dulu bapak aku pegi duk jepun untuk jangka masa setahun. Ada la kot effect dia. tapi tu masa mak aku mengandung kakak aku. boleh dak gitu?

Nak nak lagi bila mak aku cakap,

"ni anak akak ni nak felai jepung tahun depang"

Dan dengan muka selamba makcik tuh cakap,

" Muka pun dah macam otomen.(ultraman) "

Guwa da macam........





Ye la ye la. Kantoi sudah guwa belakon cite ultraman...



Dan satu lagi bila orang tau guwa nak pegi jepun orang komfem akan suruh guwa,

" cer cakap jepun sikit "

Masa ni la guwa rasa tak terkata, segala guwa belajar bahasa jepun tiba tiba hilang. dan guwa secara otomatik nya akan cakap,

" jepun! " balas guwa.

dan bila guwa dah biasa dengan soalan tu, guwa hafal la satu ayat yang guwa akan cakap bila orang mintak guwa cakap bahasa jepun. 


" Cer cakap jepung sikit " tanya Alikumandang


Guwa cuba ingat balik dan guwa cakap...


" fushigina pokke de kanaete kureru... " guwa cakap dengan laju. then guwa sambung



" sora wo jiyuu ni tobitai na... " (guwa mahu terbang bebas di udara)


" lagi lagi.....? " minta si Ali. guwa ni bukan ape, segan. tapi kalau orang dah minta...guwa pun,

" AN AN AN..totemo daisuki...doraemonmong! "

" eh ni bukan ke lagu doraemon ke? "






p/s : dari part otomen hingga la lagu doraemon tu guwa tipu je. tapi nak try la nnt guwa balik msia minggu depan sekali. segala ayat jepun diatas guwa hanyalah copy paste lirik lagu doraemon. keh keh.





Sunday, July 29, 2012

Pengalaman sekali seumur hidup.

Assalamualaikum. 



Rupa rupa ada jugak orang cari apps LINEdekamcho tu. Tapi nasib tak baik, dah takde dah app tuh. haha.

Apa yang guwa bakal tulis ni adalah berpunca dari Amazon.jp. Dikala kebosanan tak tahu nak buat apa guwa suka bukak site Amazon.jp ni. Suka tengok tengok barang. Hari tu guwa terbeli seluar yang guwa duk pening kepala sebulan lebih nak beli ke tak. Guwa tak kaya, tak penah beli seluar mahal mahal tu yang bila first time nak beli, pening sikit pastu ditambah beli online. 

Beli lah seluar itu dengan harga lebih kurang rm200 lebih. bila sampai guwa excited nak mampus, sekali cubaan nak pakai tak kesampaian sebab tersekat dekat bontot. haha. Mula la guwa kecewa separuh mati sebab guwa dah terbayang bayang dah nak pakai dengan baju apa kasut apa. Hampeh.


Sebab nak cover balik guwa terpaksa cari duit lebih, guwa pegi part time yang member kasi. Part time bersih kan apartment. guwa ingat macam pegi sapu sapu lap sikit macam kat hotel tuh.so guwa pegi dekat shinjuku, sejam lebih naik tren, sampai pun kena jalan lagi lebih kurang 2km. Tak jauh sangat pun sebab kat jepun ni memang kena biasa kan jalan kaki. 




****************************************



" Eh awal nya sampai. keje start kul 9 ni. "

" Biasa la manager, guwa kan first time " guwa balas.


Guwa cuak sangat sebab nak keje first time, takut lambat, sampai guwa tido pun tak lena, 2jam je pejam mata.

Guwa pakai kemeja dengan singlet sebagai baju dalam. 

Bila dah kul 9 dia suh guwa start dengan bersih kan pagar dekat beranda. Guwa rasa panas guwa pakai singlet je. Sekarang kan musim panas. Guwa duk bersihkan  bahagian beranda lebih kurang 20 minit, guwa dah berpeluh macam main futsal sejam. dah basah habis baju guwa. Settle tuh, dia suh guwa buat keje lain. Dari sini la start cerita guwa.

Dia suh guwa bersihkan tandas. guwa layan je sebab ni keje dengan orang kena ikot cakap dia. Partner guwa si jepun tu buat bahagian luar, kasi tandas dekat guwa. dia kasi guwa kain tuala kecik dengan span tambah dengan cecair sabun basuh pinggan mangkuk. dia cakap basuh semua. guwa dengan semangat cakap, "bereh boh!"

duk basuh, guwa tengok jam." cilakak baru setengah jam. cepat la pukul 5!" 

penat sejam basuh tandas, guwa panggil dia, cakap, " hai owarimashita " maksudnya dah settle.

dia masuk tandas pastu dengan laju cakap,

 " kore zenzen owattenai jyan " (ni tak settle lagi ni bero.)

" ehhh? tang mana pulak tak settle lagi ni? " guwa tanya tak puas hati...dengan loghat kedah.

" ni, ni. bahagian tab mandi, sinki. " dia bagi arahan.

" eh ni kalau kat msia dah kira okay laaa. " monolog dalaman sahaja.

Guwa sambung mengerah keringat bersih tempat paling keji. dengan span guwa cuba nak tanggalkan kotoran yang degil kepala batu. tak jadi. guwa tension. tension amat. bahagian lantai pun sama. cilakak sekali lagi.


Lepas dah okay sikit guwa panggil lagi. 

" haa camne? " guwa tanya dengan harapan ok je.

" eh ni dinding dah lap dengan spray tu belum? tuh lubang mangkuk tandas tu..."


" Kuwashi tokoro mo, chantto shoji shinaito " (tempat tempat kecik pun kena bersihkan tau)


"ye lah ye lah, guwa buat ye syg" balas guwa dengan lembut. 

5jam guwa bersihkan tandas dengan jayanya tidak tinggal kan setitik air pun. tuh la dia cakap, kena perfect. sebab nak kasi sewa dekat orang ni. penat nya guwa tak reti nak describe. tambah lagi dengan guwa puasa. nak je guwa pegi makan nasi goreng pattaya. 




 *****************************************

Settle tandas guwa tinggal nak bersih kan lantai dan mop lantai. easy task kata hati guwa. so dia yang mop lantai lepas guwa sapu lantai bersih. guwa campak penyapu kat luar rumah sebab dah nak mop. Guwa tengok je dia mop. dah separuh bilik dia mop, dia cakap kat guwa,



" Hoki!" jerit dia. 

" Amende?"

"Hoki!!" jerit lagi sambil pegang mop. 

Guwa serius dalam kepala guwa dia ajak guwa main hoki sebab dah nak settle bersih lantai. Guwa pun, ok la kalau nak hilangkan penat stress. jom jom. Guwa cari batang yang boleh buat kayu hoki. guwa capai penyapu yang guwa campak tadi. 

Pegi dekat dia, niat nya nak cakap " jom main! "



Tanpa guwa sempat cakap pape, 

" Haa sapu cepat " dia bagi arahan. 

" Haa? tadi ajak guwa main hoki..." monolog dalaman lagi.


Guwa sapu je laaa. pastu guwa tak puas hati guwa bukak google translate. Guwa taip houki. Dan baru guwa tahu yang nape dia ajak aku main hoki tadi. First time guwa tahu yang houki tu adalah penyapu. Kecewa dengan bahasa jepun guwa. 

Settle pukul 4 semua keje. tunggu bos nak kasi duit gaji. dapat terus. Alhamdulillah guwa dapat cover balik duit beli seluar tuh. Tapi guwa dapat pengajaran. dan partner guwa cakap, dalam banyak banyak keje dia buat, hari ni la paling senang. 


p/s : guwa takkan buat dah keje ni. tak disyorkan semasa puasa. cukup la sekali seumur hidup guwa. haha. dan guwa paham sudah penat lelah mak bapak guwa cari duit untuk anak anak. sobs.

Thursday, July 26, 2012

Mamat Jepun Sangat Cool!

Assalamualaikum.


Sebelum guwa lupa, salam aidilfitri kepada korang sungguhpun puasa baru je 6hari. Sape puasa penuh aku kasi duit raya. 20sen boleh?

Sebelum guwa lupa lagi, guwa mintak maaf sebab dah lama tinggalkan dunia blog. Guwa terlalu busy melayan bantal dan katil memanggil guwa untuk tidur. Pasal life guwa kat sini nanti guwa cerita lah. 

Sebelum guwa lupa sekali lagi, nak cerita pasal satu application yang membuatkan aku gelak tak henti melayan karenah orang jepun. lelaki. adakah guwa gay? oh tidak. guwa menyamar jadi perempuan je semalam. 

Korang tahu aplikasi LINE? kalau orang tanya guwa pun, guwa tak reti nak explain dalam tiga tiga bahasa guwa tahu. maaf tapi korang buleh google lah.tapi yang pasti LINE ni comel comel sikit tu yang guwa suka tuh. Dan apa jadi kalau LINE app + LINEdekamcho app?





Sebenarnya app LINEdekamacho ni membolehkan guwa search member mengikut jantina, umur, kawasan. so boleh la korang ngorat awek awek jepun kat sini. Sangat best! Dah cari dekat App Store? Mesti tak jumpa kan? sebab aku pun tak jumpa! Arghh!! tapi guwa guna enset member guwa semalam. 

Letak gambar pompuan kiut macam kucing pastu buat status, 「英語と困ってる。誰か助けて(T.T)」yang bermaksud "Guwa pening dengan English ni. Ade sape sape buleh thorlong? sobs".


Dengan pantas nya orang tegur  poyo nak tolong guwa sampai guwa tak sempat nak layan semua. Semua keluarkan ayat ayat macho konon nya nak tolong. Ada yang guna bahasa inggeris sampai guwa pun nak tergelak. Korang paham paham la jepun ni tak power sangat english dorang. mungkin taraf budak darjah 3 kot. 


Yang takleh blah, tegur guwa camni. 

"Kenapa dengan english..? "
"Btw, saya camni.(kasi gambar)"


Guwa pun dengan tidak teragak agak tanpa view gambar tuh, 

"Handsome" reply guwa.

Dan tanpa guwa sempat kelip mata, dia reply

"eh takde lah. biasa biasa je. erm boleh kita borak guna english"

"dakjfgbkjfaofjijaopopt(dalam bahasa inggeris)" - guwa lupa dia balas ape. tapi terbalik habis ayat dia. sah guna google translate. guwa tahu sebab guwa pakar translate report lab. haha


Pagi lepas sahur guwa dipenuhi gelak ketawa melihat karenah dorang ni. Ikhlas nak tolong. sebab best sangat, guwa nak download apps tuh tapi guwa cari tak jumpa jumpa. so guwa dah buntu, guwa gunakan salah sorang mamat yang tegur guwa.

"kawan saya nak main line ni tapi takleh download. nape ekk?"

dengan ikhlas nya dia reply dan terus bertanya sampai la aku tahu iphone sekarang dah tak boleh install benda tu. Habis je guwa nak ape yang guwa nak, terus guwa cakap, "eh nak tdo dah ni. nanti kita chat lagi ek. selamat malam" sebab guwa pun dah ngantuk gilak.


Serius best layan dorang ni, ikhlas nya nak tolong sebab kan guwa guna gambar comel macam kucing. terima kasih. yang tak tahan nye memang dorang sangap lah. siap kasi gambar semua, ajak jumpa. dorang serius. guwa je main main. HAHA,

p/s : Guwa bukan nak kutuk dorang sebab english guwa sendiri pun entah pape. tapi macam comel dorang ni, penah guwa tanya jalan, tangan tunjuk belok kiri tapi mulut cakap "turn right". 




Saturday, May 5, 2012

Cerita Sebulan Di Sini! Part 2.



Assalamualaikum. 



Bersambung dari cerita aku yang lepas.

------------------------------------ Akihabara : Electric Town -------------------------------------


Sementara ada masa untuk lepak, aku keluar ke akihabara atau nama singkatnya Akiba. Akiba ni macam bandar khas untuk kipas susah mati gadget. Macam macam benda ada jual kat sini dan aku terbeli denshi jisho(Kamus Elektronik). Bagi aku, seorang yang kurang pandai bahasa Jepun nya, memang memerlukan denshi jisho ni. Disebabkan aku jenis yang rushing, aku terbeli yang mahal punyer. Harga dalam 27510yen (RM1047.77). Amek ko. Kawan kawan aku beli dalam RM400 je. Salah sendiri.



Ni la denshi jisho tu T.T



------------------------------------ Kanagawa Prefecture-------------------------------------


Seminggu selepas duk kat Hachioji Seminar House, aku dijemput oleh senpai(senior) yang baik hati untuk pergi ke tempat aku belajar iaitu Tokai University dekat Kanagawa Prefecture. Macam Negeri Kanagawa la senang cite. Sementara tunggu masuk rumah, kitaorang pegi settle kan gaikokujintourokusho atau nama pendek dia gaito(alien card) memang kami ni macam alien pun duk kat sini. Baru la paham perasaan bangla kat malaysia. orang tengok pelik je. HAHA. 

Bila dah settle gaito boleh la kami buat ginko koza(bank account). buku dan kad bank pun comel je. Tapi nanti aku upload gambar. ade kena edit sikit. Lepas bukak akaun bank baru la boleh beli enset. bukan senang macam kat Malaysia, asalkan ade duit boleh beli terus. Senpai bawak kami ke Softbank memandangkan semua orang guna softbank. Handphone yang tak lain tak bukan, Iphone 4S. Bila usha usha kat kedai tu, ipong ni la yang paling murah. so terpaksa lah dengan bayaran lebih kurang 50,000yen(RM1904.34). 


------------------------------------ Sankyo Gakuyu Kaikan-------------------------------------


Dengan kata lain, rumah aku. Punyer la panjang nama dia kan? Kalau nak tengok rumah aku camne boleh la tengok tengok balik post aku dulu atau sini. Sebelum masuk rumah, aku kena ikat perjanjian dengan fudosan(tuan tanah kot). dan aku perlu bayar sedikit wang sebelum masuk rumah termasuk duit sewa. total dia 94,000yen(RM3580.17). Mahal kan? Nak taknak memang kena terima hakikat sara hidup kat sini memang mahal.Semua bayaran dibayar dengan duit biasiswa bukan duit mak bapak aku. Alhamdulillah dapat biasiswa. :)


Dekat belakang rumah aku boleh nampak gunung Fuji dan boleh layan sunset. Pernah sekali aku tangkap gambar sunset ni. 


Cantik kan?




------------------------------------ Tokai University -------------------------------------

Tokai University merupak tempat aku menuntut ilmu. taknak bercerita pasal subjek ape aku amek sem ni. apa yang nak aku share dengan korang adalah kawasan U aku yang cantik. cantik nya ciptaan Allah SWT. Aku letak gambar je la ekk.













p/s : Sorry gambar senget. malas nak rotate. sila pusing kepala anda. :D













Friday, April 27, 2012

Cerita Sebulan Di Sini! Part 1.

Assalamualaikum

Alhamdulillah aku sudah sebulan di Bumi Sakura. Sekarang aku rasa aku nak cerita kehidupan aku dekat sini dari mula aku menjejak kaki disini hinggalah ke hari ni. Sebenarnya aku tengah bosan tu yang tertulis nya entry ni.

--------------------------------------  Dalam KapalTerbang Kertas  --------------------------------

Perjalanan ke Jepun mengambil masa lebihkurang 7jam. Tu dengan MAS lah, kalau naik sampan aku pun tak tau bila korang sampai sini. Hari hari sebelum fly aku masih selamber lagi ngan tak packing barang. Umi Ayah aku pun hantar sampai airport KB je. Taknak lah susahkan drive sampai sana. Eh, dah melencong ni. Dengan Kapten MAS yang sempoi, " Kalau ada ape ape, panggil lah pramugari kita tuh. tapi jangan la banyak sangat, dorang takleh rushing sebab pakai kain ketat. " sort of thing. Memang kelakar lah abang Kapten tuh. 



Best friend aku. tengok mane la faizul ni. haha.


----------------------------   Narita Airport - Hachioji     ---------------------------------


Tibanya kami dekat Narita Airport tu kami diiring oleh tiga orang pegawai YPM. Pastu dapatlah sejumlah wang tapi dalam bentuk traveler cheque yang kena tukar dekat money changer. Sementara menunggu budak budak ni tukar duit, cubaan pertama aku adalah untuk mengeluarkan asap dari mulut. jakun kan. sejuknya ya Allah tak dapat nak bayang. Kalau korang kata 16celcius tuh da cukup sejuk, inikan pulak 5celcius. Dalam bas lagi panas dari kat luar. 



lepak luar airport


2jam lepas amek gambar kat atas ni dah sampai Hachioji Seminar House. Lagi la sejuk dekat sini. Aku tak sabar nak rasa makanan jepun tetapi akhirnya dikecewakan dengan makanan yang kurang sedap. haha. Mungkin tak dapat sesuai kan diri lagi ho mugo suko make makane manis keyy (translate: sebab suka makanan manis kan ). Rindu sangat dekat makanan kelate sampai kuar loghat kelate. hee.


                           

                                       Makanan paling sedap dekat seminar house tu.

Disebabkan masih terlalu jakun, aku pegi jalan jalan ke kedai serbatakguna 7e dengan harapan boleh la cari makanan yang sedap sikit. Bila sampai je hampehh. lupa tanya apa yang boleh makan dan tak boleh makan. beli coke je la. T.T


                                      


Dan jumpa bas ni sedikit mengubati kekeciwaan aku. Aku syorkan rapidkl guna bas ni. baru la penumpang pun jadi ceria. 

                        



Biasa orang bawak balik kereta sport, bia aku bawak balik bas ni laaa, boleh?


p/s : Panjang sangat pun tak best nak baca kan? Malam esok aku update lagi ye. :)

Monday, April 23, 2012

Lake Town dan Bowling Kat Jepun?


Assalamualaikum


Weekend yang lalu aku rasa nak melawat sepupu yang juga senior aku kat SMKIP dulu. Tahun lepas masa dia kahwin aku tak sempat nak balik, last last jumpa kat Saitama, Jepun jugak. Kak Ami dan Abang Is bawak aku ke Lake Town. Lake Town ni shooping mall yang tersangat lah besar. aku rasa lagi besar dari Mid Valley kot.

Boleh la google sendiri macam mana rupa LakeTown tu sebab aku malas nak tolong carikan. HAHA. Thanks jugak kepada Abang Is dan Kak Ami sebab menerima kunjungan aku dan bawak aku jalan jalan dan masak serta belanja makan. 


Lepas tuh aku pergi melawat budak Shibaura University kampus Oomiya. Pegi makan sushi dan main bowling. First time aku main bowling kat sini. Main nagehodai (Baling Suka Hati Ko) maksudnya main 6games. Tau berapa aku bayar? 2350yen. Kalau convertkan jadi la RM88.90. Best sangat main kat sini dan  banyak beza dengan dekat Malaysia. Apa yang berbeza?


Kaunter bayaran berada di tingkat 2 dan tempat main adalah dekat tingkat 3. Main dulu baru bayar.


Bola dia pun macam menarik. Ni.




Tempat dia pun tak macam tempat bowling bagi aku. Mewah sikit. hehe.












 Pilih saiz kasut dulu baru dulu, baru tekan butang tu. Nanti dia kuar kat bawah macam vending machine. Tak payah nak tinggal sebelah kasut kat sini.








 Yang paling sakit hati adalah bila nak baling. Kat sini dia pasang video clip lagu kat depan. Kalau kat Malaysia kita letak gambar bendera semua tu kan. Ni dia letak video clip. Kalau yang macam ni tak kisah sangat.....






 Kalau kuar yang kat bawah ni tak ke masuk longkang...





Dan yang paling best adalah setiap sejam dia ade satu pertandingan yang dipanggil MoonLight Strike. Pada masa tu, sape yang baling dapat strike akan dapat hadiah dan gambarnya ditangkap serta diprint seterusnya kita akan dapat gambar tuh bila balik nanti. Menarik bukan?
Ni bila MoonLight Strike tuh.




Boleh jugak request lagu!!




Sekian sahaja cerita aku kali ni. Sorry kalau panjang sangat. Memang sengaja pun. hehe.




Friday, April 13, 2012

Indahnya CiptaanNya : Sakura #1



Assalamualaikum

Bila aku menjejak kaki kat Jepun ni, ada beberapa benda aku sangat sangat nak buat, tengok bunga sakura. Aku sebenarnya memang suka lah dengan pantai, gunung, sunset semua lah senang. rasa tenang je bila tengok semua tuh. Hilang serabut di kepala buat seketika. Nak cerita panjang pun malas lagi, tengoklah apa yang aku mampu upload :)




























Pic kat bawah ni diambil dari tingkat paling atas Istana Odawara. Nama tuh tak pasti sangat lah . haha





P/S : Sorry gambar tak lawa. Guna digital camera biasa je.