Sunday, July 31, 2011

Hentikan ini dan Salam Ramadhan!

Baru je jap tadi aku ada baca pasal amek gambar dan posing posing tertentu. Dan betul apa yang ditulis tuh, so aku share la kat korang. Sebelum tuh, ada 3 posing yang dikutuk disini,

1. DuckFace
2. Jelir Lidah
3. Peace(V) + Lidah terjelir

Sebenarnya ada maksud disebalik posing tersebut. Baca la sendiri kat sini. Haaaa, satu lagi, jenis ambil gambar senget. aku tak tahu apa motif korang tapi aku rasa lens kamera pun dah retak nak snap pic korang yang senget senget tuh. Juling mata nak tengok pic korang.

Okay dah merepek, bermula esok, kita akan start puasa dan malam ni bermula lah terawih. kalau boleh jom la puasa penuh. bagi yang perempuan, yang mengandung je digalakkan puasa penuh. tapi bagi yang tak mengandung, dapat puasa penuh, gitau aku nanti aku kasi sengget. hihi.

Syaitan pun dah kena ikat. Termasuk laaaa yang ni!


Fans United boleh la bersara sekejap dari sokong korang punyer team. Aku takpe sebab aku fan REALMADRID.

Okay. Jom gandakan ibadat. ANDA BUAT ANDA DAPAT. ^-^

Tuesday, July 26, 2011

Result Exam Dan BolaSepak

First of all, aku bersyukur kerana masih kekal di JAD. Ada kawan kawan aku kena dismiss atas sebab tak memenuhi syarat yang ditetapkan oleh penaja untuk kekal di JAD. Apa syaratnya?

"Jangan fail paper lah"

Untuk pengetahuan mereka yang tidak tahu lagi, markah lulus satu satu paper adalah 60markah. Sekiranya anda dapat 59, maka re-sit paper lah jawabnya.

"Alaa, 1markah je pun. Bodek je lecturer nanti lulus la tuh"

Tidak semudah itu dan boleh dikatakan impossible. Lecturer kami strict. 1 markah, kena re-sit dan re-sit membuatkan anda sakit mental. percaya lah sebab aku pernah rasa. Perit tuh. Tak boleh balik bercuti sebab kena re-sit. sedih sangat sangat tengok kawan kawan dah boleh balik rumah.

Dan aku dah dapat result exam sem 5. Dean List? In my dream. dekat dengan DL pun jauh sekali. Sila lah tengok gambar dibawah.

result yang tak seberapa

Sebenarnya result ni adalah diluar jangkaan aku. Pada asalnya aku sangat sangat risau pasal subjek Electric Theory 2 dengan Mathematics 3. Alhamdulillah lulus. Berkat doa ibubapa dan rakan rakan. Terima kasih Umi dan Ayah yang tak putus putus mendoakan kejayaan aku. Bertuah menjadi anak mereka. :)

Oh! TOIEC. Apa TOEIC ni? aku pun tak pasti tapi lebih kurang macam MUET lah tapi takde speaking lah. just ada listening dengan reading. tuh pun aku kantoi kat reading . Syukur juga dapat lulus dan dapat Gold. :)

Ni lah GOLD katanya. ^-^

Terima kasih kepada lecturer English aku Madam Shirin. Dia ada datang tanya khabar kitaorang lepas dapat result. Maknanya dia tak lupakan kami walaupun dah tinggalkan kami di JAD.

Semalam kitaorang ada perlawanan persahabatan bola sepak antara junior dan senior. Senior tuh aku lah. Alhamdulillah aku dapat jaringkan gol untuk Pasukan U2. Sila lihat video dibawah untuk gol.





Walaupun aku dapat jaringkan gol tapi ternyata tackle dibawah telah membuatkan aku tak boleh lari mahupun jalan. :(


Mungkin reaksi aku terlebih ganas. Aku marah sebab ini hanyalah persahabatan dan bukan petandingan. Maaf jika terlebih. Tapi sekarang dah okay dah. Dah penat ni, nak tidur dulu. Thanks. ^-^


Sunday, July 24, 2011

Allah Tak Sayang Katanya.

"Faizul, malam ni makan mana?"

"Jom pegi giant. Teman TA shopping.."

Tuh dia, TA dah datang maknanya dah nak start kelas. oh lupa! Kelas bermula esok. TA tuh Teacher Assistant. Tugas dorang tidur dalam kelas masa lecturer mengajar kat depan. :P

Kali ni ada 4 orang TA. Semua lelaki walaupun aku berharap ada la TA perempuan datang sebab memang jarang giler TA perempuan nak datang Malaysia. Tak tahu kenapa. Agak kecewa jugak disitu. Dinner dorang belanjer. Hihi. :D


Dari jauh nampaknya datang mendekati


Masa nak balik, kitaorang naik teksi. Dari cara percakapan driver tuh, aku terus tahu dia orang Kelantan. Aku tegur dia menggunakan loghat Kelantan.

"Kamu ni orang mana? "

"Kota Bharu pak cik."

"Pakcik duk mana?"

"Duk kat Klang je. Dulu pakcik ni rumah tak tetap?"

"eh kenapa pakcik?"

"sebab merantau lah"

"Dulu pakcik merantau, ye lah, pakcik dulu driver lori, kalau kena pegi hantar barang kat Johor, pegi je lah"

"Tak penat ke pakcik?"

"Dah kerja cari rezeki..dan kerja driver teksi ni sampai hujung hayat lah gayanya.."

Pastu kami diam buat seketika. Mujurlah pakcik ni jenis cakap banyak. Dia sambung lagi.

"Pakcik dulu penah accident dekat Bentong, jatuh curam...hancur kepala lori dik. Mujur lah Allah tak sayang pakcik..banyak dosa..." dia bergurau.

Sedikit lambat nak paham tapi lastly aku ketawa besar. Paham tak? Biasa nya kalau orang meninggal, kita akan cakap, nak buat camne, Allah lebih menyayangi arwah. Ni sebab dia tak mati, Allah tak sayang lah. Tuh maksud dia...

Aku ni betul betul mudah terharu dan insaf bila bercakap dengan orang orang tua sebab aku kan merantau, jauh dari ibu bapa. Dan aku anggap teguran dan cerita cerita dari pakcik pakcik adalah dari bapa aku sendiri.


"Carilah rezeki halal walaupun dengan kutip sampah di jalanan."


Tontoni lah cerita dibawah untuk mencari sebuah erti dalam mencari rezeki halal.




Credit : CerahJeff
Klik untuk banyak post menarik

Saturday, July 23, 2011

Macam Kayu.

Aku pasti semua rakyat Malaysia terkejut dengan perlawanan semalam. Mana tidaknya, kena belasah tuh. Aku semalam melompat-lompat bila Malaysia mengejar berjaya bangkit. 5-3 bukan sikit bro. 2 gol nak kena kejar. paling kurang nak selesa kena menang 3-0 dekat Bukit Jalil nanti.


ni la pintu gol kita semalam, macam takde keeper

Aku saje usha FanPage penjaga gol kita semalam, Sharbinee. Ada yang backup dia tapi lagi ramai yang kutuk dia. Sorry to say, but im really disappointed with him. Very very poor performance from him. WORST. Bila dah bolos, mula nak tunjuk jari kat defenders. Tuh la reaksi Sharbinee selepas tiap kali dibolosi.

"Hey bukan senang, cuba ko letak diri ko kat tempat dia"

Huh? Dia pro player dan aku jaguh kampung je. So patut dia boleh perform macam pro bukannya macam tugu kayu depan gol.

"VanderSar pun boleh bolos lah!!"

Sekali lagi aku cakap, kalau nak fikir VanderSar pun boleh bolos, baik tak payah main. Tuh memang tugas dia nak selamatkan bola dari masuk gol. Dan ini adalah sebahagian daripada wall post dekat FanPage Sharbinee. I LIKE!


" aku tak kisah klu bolos sampai 5 biji. tp cara permainan ko tak semangat..ibarat patung dan makan rasuah je..mmg adat permainan kalah dan menang..tp biar ada semangat berjuang, semangat melawan.."


"nie yg k0rang puji si sharbinee n kutuk apekk....skang sper yg kene...aq dah kate dah x yah nk saling kutuk mngutuk...skang kite ade pnjaga g0l yg trbaik r...ade yg trun ade yg naik...btw aq rser sharbinee cam kene suap jer smlam....but x pe aq ttp s0k0ng k0...sbb k0 prnah slamtkan gwang malay n malaysia layak mnntang singap0re.....!!"

Ada juga yang cakap, kami yang mengutuk adalah fan plastik. Kita tengok apa reaksi korang kalau Malaysia gagal ke pusingan seterusnya dan jika Sharbinee sekali lagi melakukan kesilapan.

Ada 3 perkara yang aku kenalpasti menjadi kesilapan semalam ;

1. Rajagopal

2. Pemain yang pakai no9, Ismail ape entah nama dia. Sepatutnya MatYo.

3. Sharbinee

Jurulatih kita seakan akan tidak belajar dari kesilapan lalu semasa menentang Liverpool. Hanya dengan kehadiran AmirulHadi kita berubah. Aku nak tengok apa strategi Rajagopal nanti.

Ni video gol untuk game semalam. Oh! Sila tengok kat page Sokernet bagi video video highlight. Laju je dorang update. Good Work!!


Kami Mampu Tipu Anda Dengan 10keping Sahaja.

"Wow! Cantik! CUN beb! kena add ni.."


Biasa lah, orang lelaki kejar perempuan. Dan perempuan mengejar lelaki.


"Eh, aku tak!!"


Kalau kau tak, maknanya kau tak normal. Dan sama lah bagi aku. Aku juga lelaki dan aku juga tertarik dengan kecantikan. Pantang tengok profile picture kat Facebook cantik mesti nak add? Entah. Kot.

Hari tuh kawasan rumah aku tiada internet. tiba tiba line telefon takde. Dan ketika ini aku merasai bagaimana seksanya dunia tanpa internet. Bukan nak cari ilmu pun, nak online Facebook je.

So aku terpaksa ke CyberCafe. Kejap je. main tak sampai 70sen dah logout. Ye lah, kot kot ada benda penting aku terlepas kang ada jugak kata aku hidup dalam gua. Satu malam ni masa aku lepak kat CC ni, sorang member aku datang..


"Eh, ni facebook sape?" sapa aku.

"Ni aku punyer lah, tapi tipu punyer...."

"Lah, habis ko tengah chatting ngan sape?" tanya aku lagi.

"Ni kawan aku, tapi dia tak tahu yang aku ni tipu dia"

Sesiapa pun mampu menyamar, nak jadi atok ko pun boleh. Yang aku kesiankan budak tuh, punyer la syok dia layan member aku ni tanpa dia sedar yang dia tengah chat dengan sorang laki dan bukannya perempuan.


"Saya sebelum ni tak pernah kapel dan tak pernah suka kat mana mana perempuan sampai lah saya jumpa awak....."


Ni ayat budak tuh yang dia cakap kat member aku. KESIAN. Letak je gambar girl lawa sepuloh keping, komfem orang akan caye tuh adalah ko. dan aku seorang darinya.



Friday, July 22, 2011

Pemikiran Typical Menyusahkan.

Banyak ragam manusia dekat Facebook. Ada yang membuatkan aku ketawa, sedih dan panas. Yang buat aku panas ni la sampai aku rasa nak tulis kat sini. Sebelum aku teruskan, nah kasi lu orang tengok.

Klik untuk besarkan.

Oh! Sememangnya apa yang aku tulis kat sini adalah berdasarkan pendapat sendiri. Jikalau salah sila tegur aku yang jahil ini. Err, nak ke aku salahkan pemilik status diatas?

Ya lah, dah orang cop orang KL macam tuh cuba la ubah pemikiran orang orang yang berfikiran typical ni. Ini tidak, bagi aku bila dia tulis "pundek", "WTF" dan "live innn tutt" tuh lagi la buat aku bengang. WTF tuh sememang nya bermaksud What The F*ck dan BUKAN what the fish. Aku orang kampung tapi aku tahu lah.

Dan disini, aku tak berpegang kepada peribahasa Omputih "Dont judge a book by its cover" sebab kalau buku sekalipun, cover adalah penarik perhatian membuatkan orang nak baca. so penting jugak lah. Aku paham je perasaan pemilik status tuh sebab aku orang KELANTAN dan banyak cemuhan aku terima dengan hati terbuka.

"Kerana nila setitik rosak susu sebelanga" pun aku tak boleh terima. Tak semestinya kerana hanya segelintir pihak berkelakuan teruk, bermakna semua orang begitu. Anda sendiri tidak mahu didiskriminasi sebegitu kan? Adakah peribahasa tidak lagi boleh dipercayai? Anda tentukan.

Thursday, July 21, 2011

Antara Dua Mengubah Segalanya.

Ya ya! Aku tahu la sekarang duk bising pasal lines man buta tuh. Eh? Tak tahu pape? Memang macam katak dalam peti besi.



Apa pendapat korang sebagai seorang penonton? Gol ke tak? Bagi aku tak sebab aku ada kat stadium dan tempat duduk aku betul betul sama ngan tiang gol. Linesman pun kat belakang masa bola tuh kat atas line.


"Takyah ar kecoh. Dia pun manusia jugak."


"Kenapa nak emo sangat?"


Hey! Aku peminat Malaysia so tak salah la kan? Apa-apa pun aku ucapkan syabas kat penjaga gol yang bernombor 1. Anda beraksi dengan cemerlang.

"Even 50millions pound man cant score (Torres)"

Oh! Tadi sempat berkenalan dengan mamat Nigeria. Sangat best sebab aku boleh kacau dia. Nama dia John Large. Dan juga 2 beradik Cina yang tak sombong. Best je tadi. Tengok orang Melayu India Cina Nigeria England duk satu bumbung, atas kerusi sama menyokong pasukan masing masing. Yang aku terkejut,

"Ada mamat Nigeria bersemangat pakai baju Malaysia siap ngan topeng kuning lagi sambil mencium bendera Malaysia. Kita?"

Just so you know the rule.



Saturday, July 16, 2011

Geng, Aku Dah Nak Kahwin!



Assalamualaikum kepada semua pembaca. bajet ada orang baca je blog aku. takpe, kepada yang sudi baca terima kasih. kalau tak silap aku, tak salah kalau aku cakap pasal kahwin walaupun umur aku 20tahun, kan? tiba tiba aku rasa nak kahwin? salah ke? dari duk berkepit tanpa ikatan yang sah? bukan ke dapat dosa FOC* ke?

Mungkin ada yang akan cakap,

"Gatal betol!"

"Aih, nak kasi anak orang makan apa?"

"Belajar dulu!!"

Aku tak kisah semua tuh. kadang kadang aku ada borak dengan mak aku pasal kahwin. Mak aku cakap sekarang ni, cinta tuh macam tak penting. sebab apa? sebab kalau ada cinta pun tapi tak stabil ekonomi, boleh kahwin tak? Tak kan.

"Kahwin kat Siam boleh je..."

Tak mahu la kahwin kat Siam. Bagi aku masa aku kahwin aku nak jadikan majlis kahwin tuh the sweetest moment bagi aku dan pasangan. tapi takde calon lagi. no worry. berbalik kepada ekonomi yang stabil, aku tak paham sangat dengan maksud mak aku tuh. bertanya dengan lebih mendalam, membuka fikiran dan berfikir secara positif tanpa melenting tak tentu pasal, dengan tenang meminta mak aku jelaskan.

Sudah pasti cinta membuatkan anda menuju ke alam perkahwinan. tapi mak aku cadangkan aku bina kerjaya dahulu, cari wang baru lah kepada cinta. mengapa? sesudah mempunyai kerjaya sudah tentu urusan kahwin akan menjadi lebih mudah. ya lah, sudah berduit kan..

"Tapi kalau tak cari calon sekarang?"

Takpa, bila berduit maka datang lah cinta itu. Aik? maknanya perempuan tengok duit ke? eh takda lah, mak ayah siapa nak tengok anak dara diaorang sensara selepas kahwin kan? Bukan lah mengejar kekayaan seseorang lelaki tapi mencari hidup yang lebih selesa.

"Ahhh!! mata duitan!"

Jangan bersangka begitu. tak semestinya apa yang anda fikir adalah betul dan apa yang aku tulis kat sini pun tak semestinya betul. apa yang salah, kita sama sama betulkan. :) Aku sendiri pun nak bakal isteri aku hidup selesa, cukup makan, eh , lebih pun boleh. Apa pun, aku rasa aku nak bina kerjaya dahulu. InsyaAllah, jodoh akan datang jua. By the way, Im waiting for someone. ^_^