Thursday, March 22, 2012

Ke mana selepas SPM?



Semalam penuh news feed dengan orang update pasal result SPM. Memang ada yang menangis, bezanya tangisan kegembiraan atau kecewa. Benda yang sama setiap tahun. Bagi aku, menangis tu bagus. Mungkin dapat hilangkan kerisauan. Sememangnya, jauh disudut hati seorang ibu dan seorang bapa berharap anaknya dapat straight A. tapi apakan daya, tiada rezeki. Nasihat aku,

Yang cemerlang, tahniah. Yang masih kecewa dengan result hari ni, sekarang ni bangun lah dari terus kecewa dan mulakan langkah baru. Buktikan kegagalan hari ini adalah pemangkin kejayaan esok hari. InsyaAllah.

Aku melihat dari orang yang dekat dengan aku, orang sekeliling aku. Yang dapat 5A 6A masa SPM dulu, semua dah mantap mantap sekarang. Yang paling jelas, tempat aku belajar. Orang yang tak straight A SPM dulu, sekarang top student. Jauh meninggalkan orang yang cemerlang masa SPM dulu. Point aku kat sini, tak semestinya korang gagal kat sini, akan terus gagal. Dan orang yang cemerlang SPM tak semestinya terus cemerlang. Apalah sangat cemerlang pelajaran kalau kurang cemerlang dalam akhlak?

Dah melalut dah ni. Aku nak cerita pasal sambung belajar selepas SPM. Bak kata kaunselor aku kat SMKIP dulu, cari penaja cari penaja!! sebab nak belajar free. bukan nak kena pinjam pinjam dengan ptptn. Memang la dapat ptptn tuh best, sape tak suka duit kan? tapi bila dah grad nanti, kena bayar balik. Macam mana pun, carilah biasiswa, even tak banyak, tapi cukuplah dapat meringankan beban mak ayah.

Aku ringkaskan kat sini, sape yang berminat nak pergi Jepun dan melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan, boleh la tengok tengok biasiswa under JPA ataupun Yayasan Pelajaran Mara(YPM). Yang aku punyer adalah tajaan mara. Japanese Associate Degree(JAD) ni bukan senang secara jujur aku cakap. Kalau JPA, kat Malaysia 2tahun dan kat Jepun 4tahun. tapi bagi JAD, 3tahun(diploma) dan 2tahun(degree) kat sana. Memang belajar engineering dalam bahasa jepun ni sangat sangat mencabar lagi lagi kalau kurang fasih bahasa jepun macam aku. tiap tiap kali exam aku struggle dan member lain ada yang bersenang senang. tuh aku cakap, tak semestinya score 11A SPM dulu menjamin korang terus cemerlang pada masa hadapan. Kalau ada nak tanya pape lagi, sila pm FB la ye.

Dan bagi yang berminat nak jadi cikgu, aku ada dapatkan sedikit komen dari rakan aku pasal nak jadi cikgu. Ni pendapat dia :

mmg kerjaya sbg guru nih sememangnya menuntut komitmen yg sepenuhnya drp kita, mmg klu stakat nk main2, mikir mudah bleh kerja ( sb IPG ni mmg link trus dgn MOE, jd mudah utk dpt posting).....baik xpyah amik ahh bidang nih. stkat ambe 2thn stgh dh dlm "tranning teacher" nih mmg kna hati tu nk tulus suci ahh bohh.. ready & prepare utk mendidik anak bangsa....klu stakat nk jadikn kerjaya guru ni sbg "LAST CHOICE"...baik xyah join ahh field nih. cikgu ni mmg kna komited kpd kerja kita, anak2 murid yg dtg ke sekolah setiap hari nih mmg terserlah d wajah
mereka ... dahagakn ilmu pengetahuan walaupun mereka tidak menyataknny dgn kata-kata.so, mmg brgntung kpd kita utk mencorak kain puteh yg mana pen & pensil tu berada d tgn kita utk mencorakkn & mewarnai nya.mmg lerr blaja di IPG nih mmg ala2 skolah krn masuk klas pon mmg pg2 hari lg (7.45 lg msuk klas bohh) ..... tp mmg ia adalah utk mmbntuk kta mnjadi pendidik sejati....lg stu, lecture yg ngaja pon mmg asal dr skolah mmg lepasan SPM nih perlu
utk membuat pilihan yg sebaiknya kra klu slah pilihan akan membawa kesengsaraan selama 30 thn lebih berkhidmat utk kerajaan.

InsyaAllah aku akan dapatkan dari pelajar medic kalau boleh. Nanti pape aku update. :)