Sunday, June 26, 2011

Semakin Dekat Semakin Berdebar.

Assalamualaikum. Alhamdulillah aku dah hampir menamatkan sem 5. Makanya masih ada 1 lagi sem untuk tamatkan diploma. Namun apa yang penting adalah untuk melepasi exam sem 5 ni. Aku berasa tersangat risau sebab aku masih banyak ketinggalan taktala exam hanya 7hari lagi. Kadang kadang aku rasa lemah semangat sebab berasa tak sempat nak cover balik semua subjek yang agak susah. Kalau tak silap aku, sem ni aku belajar 7 subjek kot.


Japanese

Solid-state Physics

Electric Circuit Theory 2

Electronic Circuit

Mathematics

Electromagnetic

Advanced Info Processing.


Masa ni jugak la aku teringat kata kata seorang cikgu Bahasa Jepun aku. “This is the only chance.” So nak tak nak, memang aku kena buat betul betul. Taknak menghampakan ayah dan umi aku. Yang menjadi persoalan, bolehkah aku? Doakan aku kawan kawan.

Friday, May 13, 2011

Happy Birthday ADIK IZA ^-^

Ehem!!Guwa nak rasa nak nyanyi sket lah walaupun suara tak sedap….boleh? boleh tak boleh, nak nyanyi jugak! 1, 2, 3..


**Happy Birthday to YOU! Happy Birthday to YOU! Happy Birthday to IZA! Happy Birthday to YOU!**


Happy Birthday to iza, now u gotten old a bit. 19 mah. So nak hadiah? Nanti cakir post. 2 tahun lagi sampai la tuh.hehehe. Ni wish cakir :


1. Semoga dipanjangkan umur.


2. Dimurahkan rezeki serta rezeki yang halal


3. Dipermudahkan urusan yang susah susah tuh.


4. Semoga kekal bahagia dengan Hafiz


5. Dan dan, dipercepatkan jodoh. Nanti boleh cakir makan nasi minyak cepat sket.


Oh lupa, sape pulak iza ni, orangnya sweet gilak, manis macam gula. Suara sedap bak kata kawan kawan dia. Nak tahu camna rupa iza, bleh usha video, pastu korang boleh check sendiri FB dia kat sini. Komfem takkan menyesal.

Wednesday, May 11, 2011

Salah sangka? Salah siapa?

Masih lagi short post. Ada banyak lagi hal nak settle. Bukan apa, pasal satu post dekat group FB aku. Aku tak kisah pon sebenarnya. Tapi bila kawan aku ungkit kembali kisah lama dia ngan seseorang pastu macam kutuk kutuk sket. Aku nak cite semua pon macam tak bagus jugak. So aku nak nasihat kat korang lah, benda da lepas tuh, lepas la. Takyah nak ungkit pastu nak kutuk kutuk plak. Kita pon tak suka kalau orang macam tuh kat kita kan? So jangan. Tak pasal kita sakiti hati orang lain walaupun tanpa niat..


Salah sangka. Bersangka baik? Aku nak tanya korang, apa first impression kat orang yang pakai earphone dalam masjid?


Adakah,


“bangang budak ni. Ni masjid la! Dengar lagu buat ape!!”


Pernah tak korang bersangka macam tuh? Aku penah je tapi bila pikir balik, entah entah dia dengar bacaan Al-Quran. Sape tahu? Lain la kalau kita tanya orang tuh? Tak pasal pasal buat dosa dengan bersangka buruk? Aku terpikir benda ni bila aku tengok video kat bawah ni,






Macam mamat tuh cakap, “sometimes things are not like what they seem to be” macam orang kapel. Tak semestinya yang berkepit tuh tak kahwin lagi. Macam abang aku sendiri, dah kahwin masih bermanja-manja ngan isteri dia. So what? Kalau aku tak kenal sapa, mesti aku kutuk giler. Kalau ada pun, hate the wrong actions, not the wrong doers. Sekadar berkongsi pendapat.
.

Sunday, May 8, 2011

Pair of eye is such a gift.

okay just for 15minutes. baru je habis taip result experiment tempoh hari. 1jam 30minit. guys, as u know, today i went to uniqlo, there are few things i wanna share with u gays.


pagi pagi lagi da pegi KLSentral, sekali cimb kat sana buat hal, pinjam duit kawan aku dulu. ching ching. RM150. makan da ada orang belanja. ^____^ . ahhhh, patot la orang dok bising pasal uniqlo rupanya orang kedai pon jenis bising. kejap kejap jerit "UNIQLO!!" "WELCOME TO UNIQLO". bagi aku itu kira friendly la jugak kan. tapi bila da banyak kali macam pintu 11-7 punyer "ting tong" agak annoying jugak la. kalau ikotkan betul la aku kira, ade la dekat 100+ kali aku dengar in 30minutes. tengah syok aku cari baru tetbe ada suara dari tepi, "basket!!" terkejut aku. kalau la ko buat camtuh kat makcik ada sakit jantung komfem jatuh mati kat situ jugak.

beli la sket cenderahati untuk diri sendiri.Dah lama tak beli pape baju kan..pastu aku pegi tengok cite Fast Five. Five Stars! memang best giler. patot bawak mak korang datang tengok kat wayang sempena hari ibu. serius aku tak tipu. aku terpikir jugak, berapa cost buat filem ni ek memandangkan banyak giler keter2 dia hancurkan. FUHHHH!



Masa balik, kat platform monorail tuh, ade la seorang buta jalan kuar nak turun. lepas turun, dia tercari cari escalator. risau pulak aku tengok, kang silap terjatuh kat landasan monorail tuh kang tak pasal. so aku tarik dia bawak turun monorail. aku tergamam seketika, macam mana tuh adalah ayah aku, mak aku ke, abang atau adik aku ke, takde orang tolong temankan dia. pastu aku terpikir lagi, dia tak pernah lihat dunia ni. macam mana cantiknya bangunan disekelilingnya. indahnya ciptaan Allah SWT. dengan mata ini juga, aku boleh tengok cite Fast Five. ya Allah. hampir menangis dibuatnya. macam iklan kat bawah ni.




sementara masih ada nikmat melihat, gunakan sebaiknya. ^_^

Saturday, May 7, 2011

Kesilapan di Hari Ibu.

this is only short post coz im going out to uniqlo KLCC. da semua dok bising uniqlo uniqlo. rasa jugak nak p sendiri tengok ada apa kat sana, kot kot ada jual kebab ke, kacang rebus ka, boleh jugak aku beli makan.


"uniqlo? hah! aku buat lap kaki je" kata seorang senior aku.


takpa lah, aku nak pakai, bukan buat lap kaki ang. haha.

aku bangun bagi, tengok FB, tertarik dengan post seorang kawan aku. sempena hari ibu.


"ak tgk time hari ibu nie. ramai gle org letak pic dengan mak.. mak kt tepi tangga sorg2.. mak tgh bawak keta lah.. KORG NIE SENGAL LA.. CAKAP SAYANG MAK.. TP KORG G LETAK PICTURE MAK KORG YANG TGH TERDEDAH AURAT.. APE KEJADAH SAYANG 2 WOI.. WAT MAK KO DAPAT DOSA JE WAT APE.."


haa, camna kawan kawan? tak ke betol saudara kita cakap. walhal kita sayang mak kita tapi kita lepak gambar mak yang mendedahkan aurat. secara langsung atau tidak, niat baik kita itu mendatangkan dosa kepada mak kita. so? think. aku pon da wish kat mak aku. lepas mandi teros call, masih dengan suara baru bangun tido.sungguhpun mak aku cuba alih topik.


"Happy Mother's day!" jerit aku.


"terima kasih...Kir la orang first wish kat umi" balas mak aku.


takpa. bukan selalu pon kita boleh cakap camtuh. memang rasa segan sebab tak penah wish kan. anyway, kawan aku cakap camni kat aku,


"mulai sekarang, aku nak cakap sayang kat mak aku bila bila masa. kalau dengan awek boleh nak jiwang, kenapa tidak ngan mak sedangkan mak yang banyak berjasa ngan kita?"


terkena lagi kat batang hidung. ok gays! im out.






HAPPY MOTHER :)



Wednesday, May 4, 2011

Kisah silam.

YO! First entry for May, right? How can I put this into words? May I pass away? Haha. Okay. Sampah je ayat aku. Hrmm…… (@_@)


Buat masa sekarang hidup aku amatlah tidak teratur dengan report, test, homework yang susah nak disiapkan. Orang yang sama hidup dengan aku tahulah macam mana peritnya hidup ni. Namun, aku akui lebih ramai yang menjalani hidup 2 kali ganda susah daripada aku. Kan? Jangan ingat kita je yang susah, ramai lagi yang tak dapat makan nasi ngan teratur, kira bersyukur la dengan apa yang ada depan mata ni…sekadar menasihati diri sendiri. ^___^


Hari tuh, ada orang nak sijil spm aku so aku mintak abang aku bawakkan all the way from Kelantan. Thanks a lot bro, you saved me. Padahal memang dia nak mai honeymoon kat KL pon. Sekeping kertas yang tertulis hasil usaha aku serta berkat doa ibubapa aku, walaupun tak sehebat mana, cukup memberikan satu gambaran pada waktu dahulu. Dahulu, aku tak macam aku sekarang..nak tahu macam mana? Macam ni haaaa…..




Bukan pape pon. Teringat masa zaman sekolah je. Masa aku naik bas, sijil aku dicapai oleh rakan rakan ku, lalu mereka bertanya, “Asal ko tak pegi UK je?” Aku tersentak buat seketika, lalu berfikir. “kenapa aku tak pegi UK ek?” tanya diri sendiri. “entah, aku masuk je kat JAD ni. Dulu aku tak tahu nak jadi apa..”


Begitu mudah jawapan ku sedangkan aku bercakap tentang masa depanku. Hala tujuku. Impianku.ceh. tak pe la, hadap je apa yang kat depan ni, bukan nya boleh undur masa. Kalau la boleh. Tapi…aku tersenyum seketika tengok result spm tahun 2008 aku tuh. Takde la teruk mana pon.




Maaa…ii ka. Benda da lepas tuh, biarkan. Harituh aku pegi sungkai? Mane sungkai? Aku pon tak tahu gak. Bila google map, ooo, kat perak. Excited giler aku nak pegi perak, nak pegi ipoh sebenarnya. Aku pun tak tahu kenapa aku nak pegi ipoh. Tapi kali ni, aku pegi dengan geng yang aku baru kenal, geng phD master. Giler ah dorang ni. Muda lagi da ade master phD. Aku baru diploma. Orang kata, kena kawan dengan orang tua nanti cepat matang. Kan? Aku just risau dorang drive jauh. So aku hulurkan tangan tolong drive balik. Memandangkan aku da lama tak drive long distance, agak mencabar gak la. Selain rasa mengantuk sket, aku cool je. Kang kantoi malu ar. Haha. Ni ade beberapa keping gambar masa pegi kenduri kahwin lecturer dorang. Aku tumpang sekaki je…



Dan gambar ni menarik perhatian aku, masa minum air mineral. Nice.




p/s : ni semangat jepun, jatuh 7 kali, bangun 8 kali.”私たちは負けない” aku terbaca ni dalam gambar kawan aku masa dia pegi jadi sukarelawan bagi tsunami dan gempa kat jepun.

Monday, April 25, 2011

Sepetang bersama AWEK!

Fuhhh! Sudah lama aku tinggalkan dunia blog, dah macam kandang tuttt pulak blog neh. Biar la, aku ambil sedikit masa dari masa yang sehari 24jam ni walaupun tak pernah cukup 24jam bagiku. Sementara tunggu kawan aku mai beradu tenaga neh, aku nak tulis pasal awek aku, salah ke? Ada aku kisah?


Aku balik klate semata mata nak ambil IC dan terpaksa ponteng kelas bussei ( solid state ). Sungguh berat hatiku untuk ponteng kelas tetapi memang dah terpaksa, lagipun kalau pergi kelas bukannya paham dan komfem aku akan tidur memanjang. Tapi aku dengar, bila aku tak datang kelas ni, banyak benda pulak berlaku. Tak sangka betul, semua orang kecuali barisan depan je yang TAK tidur. Hebat. Kagum betul aku dengan kehebatan korang. Dan ada juga yang telah confess kat sensei yang dorang atau kami semua tak paham sepatah pon yang diutarakan olehnya. Kesian dan sadis disitu.


Ok back to the future, aku berjaya melepas nafsu aku nak ke pantai dan menikmati keindahan pantai yang dah makin terhakis neh. Dan aku pergi bersama awek. Dah lama aku tak luangkan masa bersamanya. Aku pasti dia kesunyian sewaktu aku tiada disisinya. Usah risau awek ku, kau sentiasa dihatiku. Percayalah. Dan tanpa segan silu aku kenalkan….the one and only…..




Sudah sudah ler ngan kete tuh cakir. Teringat pulak aku dekat sorang member aku kat FB. Si syakira tuh, aku gitau dia nak pegi pantai, pastu dia suh aku sampaikan salam kat orang sana.katanya orang kat sini kenal dia..….so,


Tadaaa!

pakcik yang baju putih tuh.


“pakcik, syakira madzlan kirim salam kat pakcik” tegur aku.


“ya Allah dik….anak sedara pakcik tuh. Udah lame pakcik cari dia…”


“oh ya?! Bagus la camtuh pakcik, dia pon rindu pakcik…..”


“ade pesbuk dia tak? “


“pakcik pon men pesbuk ke? Ingat men ular je….ni nanti sy suggest friend kat pakcik ek..”



So, tunggu dan lihat je la syakira. Aku seyes ni. Aku kasi betul betul ang punyer pesbuk.



aku paling suker pic ni. yang kuda tuh.



p/s : nak pegi lagi... :(