Saturday, August 6, 2011

8jenis Orang Yang Patut Dihantuk Kepala Kat Dinding.

Assalamualaikum.


Direct to the useless and point-less.


1. 1. Orang yang tak reti nak beratur.


itik pun pandai. maknanya, itik lagi pandai dari angpa?


2. 2. Dalam KTM pun nak berpeluk, romen. Benci tau tak!


eh sama lah korang!


3. 3. Blogger yang letak lagu tapi lagu entah pape. Dah la butang pause tuh takde! Kalau bukak blog ko je aku tak kisah tapi kalau bukak 10 blog? Boleh mati tau tak? Dulu aku penah letak lagu tapi sekarang tak - dah insaf!



4. 4. “I love you, anjeoungmeowmeow” – sori aku tak reti bahasa Kpop neh.



5. 5. Orang yang kena culture shock! Bergaya tak kena tempat.



6. 6. Bertudung tapi serius pelik gila. Yang shawl tuh dikecualikan. Baik lah pakai helmet.


ape atas kepala ko ni..macam kuali pun ade



7. 7. Parking kereta double – susah kan rakyat jelata nak kuar parking lah!

ni baru style bang!



8. 8. Orang yang pentingkan diri sendiri. Paling ramai kat dunia ni.


yang butthurt. aku tak kisah pun!


Mereka Bangga Jadi Pornstar! Wow!

Assalamualaikum


Aku rasa tak ramai terkejut dengan tajuk entry ni sebab tak ramai yang baca blog aku? Itu satu kepastian yang susah aku nak terima. Aku ni masih dalam delema trauma stroke blogger otai lagi ni. Jeles jeles tapi jeles ni takpe sebab aku akan lebih berusaha. Kan?


Aku pasti korang semua tahu kalau aku sebut Maria Ozawa dan Sora Aoi? Ehhh? Ada yang tak tahu? Adoi..ketinggalan zaman laa. Ni ratu porn pun tak kenal ke? Sama je femes dia dengan Rebecca Black dan Justin Bibir. Ke nak aku tunjuk video baru nak kenal? Eh jangan. 18sx sangat tuh. Aku tak pernah tengok ye. HAHA.


Sape tak kenal ratu porn dari negara matahari terbit, Jepun. Jangan nak salah kan aku sebab aku bagi nama nama ni sebab dalam paper pun ade tulis cerita pasal dorang.


“Maria Ozawa berlakon di Indonesia!”


“Miyabi terselamat dari tsunami.”


Aku pun heran kenapa la nak heboh pasal orang yang banyak merosakkan akhlak budak budak kita. Dari banyak banyak orang, pasal Miyabi jugak keluar. Kalau pasal Perdana Menteri Jepun selamat dari tsunami takde plak orang nak siarkan. Haish.


Eh sebenarnya aku bukan nak cite pasal ratu ratu tak tahu malu ni. ni nak cite pasal budak budak kat pesbuk ni. Macam macam ada. Biar aku terangkan pasal FACEBOOK. Selain social networking, FACEBOOK juga merupakan/membuatkan ;


“CCTV – sebab apa apa yang anda buat, seluruh dunia memerhati.”


“Kantoikan hubungan anda dengan orang lain a.ka. curang”


“Salah satu sebab anda dibuang kerja”


Senang je nak tangkap korang dengan aksi aksi korang tak senonoh ni. Tekan je print screen kat menatang keyboard ni, kantoi la korang. Sebagai contoh,


Klik untuk besarkan.


Amacam? Dorang berani dan bangga sebagai pornstar! Anda bagaimana? Kalau aku malu la ada anak macam ni. baca la komen komen kat bawah tuh.


Memang la ada je aku tersasul ayat kasar seperti ;


“Nate beruk gilo babi. Baso lembab mace siput babi. Bekeng supo rimau”


Maaflah. Memang aku dari kecik lagi hafal nama binatang tuh pasal bila cakap je kuar nama binatang. Kalau boleh, masa marah nak je sebut semua binatang kat dalam hutan tuh. Takde la aku mengata mak bapak ko tak ajar ke…ada jugak baiknya. :P


Okay lah. Malas nak membebel banyak banyak. Ni lagu dari NajwaLatif. Macam best. Jangan kondem atau mengata. Dengar je!




Oh. Bagi yang tak tahu pasal miyabi, sila klik Saya Nak Tengok Video Miyabi. Jangan salahkan aku. Aku hanya memberitahu perkara sebenar.

Friday, August 5, 2011

Macam Mana Nak Jadi Blogger Ni?! Tolong~


Assalamualaikum


Hari ni banyak aku melawat dan singgah di blog blog femes tempatan seperti blog cik Fatin Liyana , Yuyu Zulaikha , Zack Zukhairi dan CoolBlog. Zack tuh punyer la lama tak update blog dia sekali da update, pergh! Ramai giler orang mai tengok.


Semua tulis “Welcome back Zack.”


Aku ade jugak perasan yang blogger seperti Fatin Liyana, Yuyu Zulaikha ni ade beberapa persamaan, yang pertama selain dua dua tak kenal aku, dorang ni cantik. Biasa la tuh, perempuan cantik, memang la ramai yang ikot. Macam semut dengan gula la. Tapi tapi tapi! Sememang nya entry dorang sangat sangat best. Cuba pergi baca sendiri kalau tak caye yang aku tak tipu korang. Pergi je lah. Jangan banyak songeh boleh?


Kalau ade blogger otai yang baca ni, tolong la ajar aku camne nak jadi blogger yang power macam korang. Tuh pun kalau ada yang baca. hrmm, kalau….kal…takpelah.


serius aku perlukan pertolongan blogger otai.

Semalam aku sedikit happy sampai melompat-lompat bersebab. Sebab ni ha ;


jangan jeles okay! hihi


Abaikan yang aku hantar mesej tuh hari Rabu dan dapat reply semalam. Dia kan ramai peminat.Bagai jantung nak luruh, sekejap terhenti jantung ku berdegup, darahku berhenti mengalir bila dapat reply dari Fatin Liyana. Tipu beno sampai camtuh sekali. Tapi senyum sampai hujung telinga lah.


Biasa aku akan censored nama orang kat Facebook tapi memandang dia ni memang da femes so harap harap dia tak kisah. Lagipun kalau korang nak add dia kat Facebook sekalipun jangan harap dapat. Nanti keluar mesej camni,


“This user has too many friend requests”


Jangan ada yang kecewa sampai nak bunuh diri pulak. Lagi lagi yang plan nak menyunting bunga ditaman.


Oh pasal nak jadi blogger power ni, aku pun tak tahu macam mana. Ada yang kata kena ade header yang lawa. Tapi tak reti la nak buat header lawa lawa sebab aku ni buta it kalau setakat nak update blog adik aku yang dapat perut mak aku tuh pun boleh je.


Ni ada satu lagi aku nak share. 10 sebab kenapa terrorist takkan berjaya di Malaysia. Dan aku akan copypaste dari website yang cool lagi hensem ni. Tipu je. Sebab aku baru jumpa blog ni sekejap tadi. Tapi aku akan letak 5 dan selebih nya korang tengok sendiri kat sini. Even blogger amat pantang artikel nya dicelup…tapi aku harap aku dimaafkan buat kali ni. Hehe. Sharing is caring.


1.Terrorist decides to blow up KLCC. He drives to KLCC with the intention of planting the bomb there, gets stuck in a 2-hour jam, and blows himself up in frustration. PLAN FAIL.


2. Terrorist decides to bomb Ipoh as a practice session before targeting KL. He drives for the first time on the highway to Ipoh trusting the signboards to get him there, and ends up in Lumut. Terrorist drowns himself in the sea in frustration. PLAN FAIL.

3. Terrorist decides to blow up Puduraya. While walking to his destination, the bag in which he keeps his bombs gets snatched by snatch thieves on a motorcycle. He pulls on his bag’s strap desperately and dies after being dragged 100m on the road. PLAN FAIL.

4. Terrorist decides to blow up Port Klang. He succeeds!! But the next day The Star, NST, Berita Harian and Utusan publish an article on page 10 headlined “Boy playing with fireworks injured in minor explosion.” PLAN FAIL.


5. Terrorist decides to bomb Johor Bahru. He rents a house as headquarters and the night before the dastardly deed, three men with parangs break into his house, robs him and kills him. PLAN FAIL.


Sebenarnya aku ada satu lagi entry yang aku rasa better dari yang ni, tapi nanti lah. nak sambung tidur!

Kita Tahu Jer Tapi....

Assalamualaikum.


Entry kali ni akan bercampur campur sebab otak aku tengah bengong? Ye. Gara gara exam subjek Power Engineering tadi. Pastu campur pulak dengan subjek ekonomi yang sememangnya entah pape. Aku pun tak pasti kenapa kena belajar subjek ni, sebab aku budak engineering, bukan budak ekonomi…dan ramai budak ponteng dan dah dapat surat cinta dari hati ke hati dari lecturer. Jika peratus gagal hadir melebihi 25%, toksah ambil exam la jawabnya. Eh, tak boleh ambil exam. Padan muka! Tuh la tak beragak nak ponteng. Semua benda memerlukan strategi termasuk lah ponteng kelas sekalipun, kalau ponteng puasa ang jawab kat akhirat nanti.

Cakap pasal ponteng puasa ni, haaaa..tadi masa aku nak naik bas. Cuba je nak berfikiran positif ternyata susah jugak la sebab dah terpampang nama Rasulullah kat dalam bas ni. Bukak je pintu bas..pergh! bau asap rokok yang kuat.


“mana tau tuh asap bas ke….”


Macam la aku ni tak pergi sekolah sampai tak dapat bezakan asap bas ngan asap rokok. Yang roommate aku duk hisap tiap tiap hari tuh, aku tau ler camne bau dia. Sebatu lagi dah dapat bau. Hidung sensitive katakan.


“Mungkin kita tahu tapi kita tidak sedar………….”

HARAM tahu tak?


Apa yang aku nak cakap kat sini, ramai je tahu hisap rokok tuh membatal kan puasa. Ye dok? Aku dah comfirmkan dengan kawan kawan aku tadi sebab aku ni takdelah berilmu sangat bab bab agama ni. Dan dah ada fatwa yang mengatakan rokok ni haram! HARAM ya adik-adik akak abang pakcik atok nenek semua. Yang perempuan pun sama je lah, ingat cool ke hisap rokok? Kena maki ade lah. Nak puaskan nafsu sendiri tapi menyusah orang sekeliling. Takde orang nak hidu asap rokok yang dah basi tuh. Tolong lah, jangan jadi manusia yang pentingkan diri sendiri. Amboih! Emo pulak aku. Memang pon!


alang alang dah nak hisap rokok tuh kan...baik buat camni. lagi syok!


Yang haram tuh, ramai orang buat endah tak endah. Sebab dah biasa buat? Nak komdem orang yang hisap rokok sebab rokok tuh haram? Sama lah bila kita pergi hotel dan tunggu kat situ semata mata nak tangkap orang berkhalwat sedangkan maksiat depan mata pun buat tak peduli je. Iya. Tidak bertudung. Even kat bulan puasa dorang tak reti reti lagi nak bertudung.


“ okay..i tak hipokrit okay. This who I am.”


Amek ko. Pandai je nak mengelak. Hipokrit tak hipokrit, dosa tetap dosa. Nanti jawab la kat akhirat. Maka yang bertudung pun masih tak menutup aurat. Sebenar menutup aurat bagi seorang perempuan ni amatlah luas maksudnya. Aku pun susah nak explain sebab ilmu didada tak cukup.


“Mereka berpakaian tapi masih berbogel.”


Tahu kan apa maksud aku…? Pi je kat mall tengok sendiri. Okay. Sudah lari dari apa yang aku nak sampai kan sebenarnya. Pasal strategi menjawab exam. Aku dah kantoi kat sini. Pada asalnya nak score bahagian part multichoice questions tapi ternyata aku stuck kat situ. Dan aku kurang hafal untuk soalan soalan explanation. Memang tak dapat jawab lah tadi. Ni lah katakan, belajar hanya untuk lulus dan bukan untuk ilmu. Memang terkena kat batang hidung sendiri.


By The Way, stylo tak abang ni parking kete?


abang tough kereta pun tough. tuh yang sedap parking tengah jalan. style lah.

credit to : Dato' Sri Nizam [check out his blog One for All, All For One]

Wednesday, August 3, 2011

Dah Dapat Apa Aku Nak.

Assalamualaikum.

Semalam senior aku baru balik dari Jepun dan dia singgah rumah aku. Dapat omiyage (souvenir)! tapi dah kat dalam perut dah pun. :)

ni dia biskut Jepun mari. Sedap~


Alhamdulillah. Setahun pusing kepala nak pilih universiti untuk degree nanti, akhir aku bertekad untuk masuk satu universiti ni. Duk tanya senior aku okay ke tak universiti tuh, universiti ni, penat tau. Dengan research yang aku nak buat.


Kalau boleh, aku nak buat research pasal kereta elektrik. Kan kat Malaysia ni kurang kereta elekrik lagipun, mana tau kot kot aku yang buat kereta Ferarri elektrik? Haa, nanti aku boleh jual kat korang murah murah. RM100 pun okay lah..


Aku kena jumpa lecturer pastu bincang pasal universiti. Aku cakap macam ni,


“Macam mana sekalipun, saya nak masuk U ni jugak!”


Bajet bapak aku punyer U nak masuk suka suka hati. Pastu lecturer tanya aku,


“Kenapa?”


“……………..”


Haaa, tak terjawab aku. Tuh pasal, patot nya aku dah kena sedia la. Ni masuk dengan tangan kosong, tiada ilmu didada. Sebenarnya ramai kawan aku terpaksa fight nak dapatkan U yang dorang nak masuk. Ada yang kecewa, ada yang gembira. Hari ni, lecturer dah bagi kata putus pasal U tuh. Maknanya lepas ni dah tak boleh ngade ngade nak tukar lagi. Nanti dah nak kena isi borang masuk U masing masing. Katanya menyakitkan hati giler sebab sikit pun tak boleh salah. HABIS lah aku. T^T


So nil ah U yang aku dah decide nak pergi. InsyaAllah dipermudahkan urusan. J

tadaa! ni dia. tunggu nak tandatangan je...


1st choice : TOKAI UNIVERSITY


2nd choice : TAKUSHOKU UNIVERSITY

Mintak mintak dapat la 1st choice aku tuh. Ada banyak sebab aku nak masuk situ. Dan semua sebab nya aku tak boleh cerita sekarang. Bahaya. Hihi.


Ni ada satu video yang agak COOL bagi aku. Ni masa aku jalan jalan cari cerita pasal si Khairul Fahmi dengan tunang dia. Yang paling aku bengang orang yang sebar fitnah. Kesian KFCM dengan Elia. Pastu mula la timbul cerita mengarut. Aish! DUNIA DUNIA!!


Saksikan

.

Sunday, July 31, 2011

Hentikan ini dan Salam Ramadhan!

Baru je jap tadi aku ada baca pasal amek gambar dan posing posing tertentu. Dan betul apa yang ditulis tuh, so aku share la kat korang. Sebelum tuh, ada 3 posing yang dikutuk disini,

1. DuckFace
2. Jelir Lidah
3. Peace(V) + Lidah terjelir

Sebenarnya ada maksud disebalik posing tersebut. Baca la sendiri kat sini. Haaaa, satu lagi, jenis ambil gambar senget. aku tak tahu apa motif korang tapi aku rasa lens kamera pun dah retak nak snap pic korang yang senget senget tuh. Juling mata nak tengok pic korang.

Okay dah merepek, bermula esok, kita akan start puasa dan malam ni bermula lah terawih. kalau boleh jom la puasa penuh. bagi yang perempuan, yang mengandung je digalakkan puasa penuh. tapi bagi yang tak mengandung, dapat puasa penuh, gitau aku nanti aku kasi sengget. hihi.

Syaitan pun dah kena ikat. Termasuk laaaa yang ni!


Fans United boleh la bersara sekejap dari sokong korang punyer team. Aku takpe sebab aku fan REALMADRID.

Okay. Jom gandakan ibadat. ANDA BUAT ANDA DAPAT. ^-^

Tuesday, July 26, 2011

Result Exam Dan BolaSepak

First of all, aku bersyukur kerana masih kekal di JAD. Ada kawan kawan aku kena dismiss atas sebab tak memenuhi syarat yang ditetapkan oleh penaja untuk kekal di JAD. Apa syaratnya?

"Jangan fail paper lah"

Untuk pengetahuan mereka yang tidak tahu lagi, markah lulus satu satu paper adalah 60markah. Sekiranya anda dapat 59, maka re-sit paper lah jawabnya.

"Alaa, 1markah je pun. Bodek je lecturer nanti lulus la tuh"

Tidak semudah itu dan boleh dikatakan impossible. Lecturer kami strict. 1 markah, kena re-sit dan re-sit membuatkan anda sakit mental. percaya lah sebab aku pernah rasa. Perit tuh. Tak boleh balik bercuti sebab kena re-sit. sedih sangat sangat tengok kawan kawan dah boleh balik rumah.

Dan aku dah dapat result exam sem 5. Dean List? In my dream. dekat dengan DL pun jauh sekali. Sila lah tengok gambar dibawah.

result yang tak seberapa

Sebenarnya result ni adalah diluar jangkaan aku. Pada asalnya aku sangat sangat risau pasal subjek Electric Theory 2 dengan Mathematics 3. Alhamdulillah lulus. Berkat doa ibubapa dan rakan rakan. Terima kasih Umi dan Ayah yang tak putus putus mendoakan kejayaan aku. Bertuah menjadi anak mereka. :)

Oh! TOIEC. Apa TOEIC ni? aku pun tak pasti tapi lebih kurang macam MUET lah tapi takde speaking lah. just ada listening dengan reading. tuh pun aku kantoi kat reading . Syukur juga dapat lulus dan dapat Gold. :)

Ni lah GOLD katanya. ^-^

Terima kasih kepada lecturer English aku Madam Shirin. Dia ada datang tanya khabar kitaorang lepas dapat result. Maknanya dia tak lupakan kami walaupun dah tinggalkan kami di JAD.

Semalam kitaorang ada perlawanan persahabatan bola sepak antara junior dan senior. Senior tuh aku lah. Alhamdulillah aku dapat jaringkan gol untuk Pasukan U2. Sila lihat video dibawah untuk gol.





Walaupun aku dapat jaringkan gol tapi ternyata tackle dibawah telah membuatkan aku tak boleh lari mahupun jalan. :(


Mungkin reaksi aku terlebih ganas. Aku marah sebab ini hanyalah persahabatan dan bukan petandingan. Maaf jika terlebih. Tapi sekarang dah okay dah. Dah penat ni, nak tidur dulu. Thanks. ^-^