Thursday, July 26, 2012

Mamat Jepun Sangat Cool!

Assalamualaikum.


Sebelum guwa lupa, salam aidilfitri kepada korang sungguhpun puasa baru je 6hari. Sape puasa penuh aku kasi duit raya. 20sen boleh?

Sebelum guwa lupa lagi, guwa mintak maaf sebab dah lama tinggalkan dunia blog. Guwa terlalu busy melayan bantal dan katil memanggil guwa untuk tidur. Pasal life guwa kat sini nanti guwa cerita lah. 

Sebelum guwa lupa sekali lagi, nak cerita pasal satu application yang membuatkan aku gelak tak henti melayan karenah orang jepun. lelaki. adakah guwa gay? oh tidak. guwa menyamar jadi perempuan je semalam. 

Korang tahu aplikasi LINE? kalau orang tanya guwa pun, guwa tak reti nak explain dalam tiga tiga bahasa guwa tahu. maaf tapi korang buleh google lah.tapi yang pasti LINE ni comel comel sikit tu yang guwa suka tuh. Dan apa jadi kalau LINE app + LINEdekamcho app?





Sebenarnya app LINEdekamacho ni membolehkan guwa search member mengikut jantina, umur, kawasan. so boleh la korang ngorat awek awek jepun kat sini. Sangat best! Dah cari dekat App Store? Mesti tak jumpa kan? sebab aku pun tak jumpa! Arghh!! tapi guwa guna enset member guwa semalam. 

Letak gambar pompuan kiut macam kucing pastu buat status, 「英語と困ってる。誰か助けて(T.T)」yang bermaksud "Guwa pening dengan English ni. Ade sape sape buleh thorlong? sobs".


Dengan pantas nya orang tegur  poyo nak tolong guwa sampai guwa tak sempat nak layan semua. Semua keluarkan ayat ayat macho konon nya nak tolong. Ada yang guna bahasa inggeris sampai guwa pun nak tergelak. Korang paham paham la jepun ni tak power sangat english dorang. mungkin taraf budak darjah 3 kot. 


Yang takleh blah, tegur guwa camni. 

"Kenapa dengan english..? "
"Btw, saya camni.(kasi gambar)"


Guwa pun dengan tidak teragak agak tanpa view gambar tuh, 

"Handsome" reply guwa.

Dan tanpa guwa sempat kelip mata, dia reply

"eh takde lah. biasa biasa je. erm boleh kita borak guna english"

"dakjfgbkjfaofjijaopopt(dalam bahasa inggeris)" - guwa lupa dia balas ape. tapi terbalik habis ayat dia. sah guna google translate. guwa tahu sebab guwa pakar translate report lab. haha


Pagi lepas sahur guwa dipenuhi gelak ketawa melihat karenah dorang ni. Ikhlas nak tolong. sebab best sangat, guwa nak download apps tuh tapi guwa cari tak jumpa jumpa. so guwa dah buntu, guwa gunakan salah sorang mamat yang tegur guwa.

"kawan saya nak main line ni tapi takleh download. nape ekk?"

dengan ikhlas nya dia reply dan terus bertanya sampai la aku tahu iphone sekarang dah tak boleh install benda tu. Habis je guwa nak ape yang guwa nak, terus guwa cakap, "eh nak tdo dah ni. nanti kita chat lagi ek. selamat malam" sebab guwa pun dah ngantuk gilak.


Serius best layan dorang ni, ikhlas nya nak tolong sebab kan guwa guna gambar comel macam kucing. terima kasih. yang tak tahan nye memang dorang sangap lah. siap kasi gambar semua, ajak jumpa. dorang serius. guwa je main main. HAHA,

p/s : Guwa bukan nak kutuk dorang sebab english guwa sendiri pun entah pape. tapi macam comel dorang ni, penah guwa tanya jalan, tangan tunjuk belok kiri tapi mulut cakap "turn right". 




Saturday, May 5, 2012

Cerita Sebulan Di Sini! Part 2.



Assalamualaikum. 



Bersambung dari cerita aku yang lepas.

------------------------------------ Akihabara : Electric Town -------------------------------------


Sementara ada masa untuk lepak, aku keluar ke akihabara atau nama singkatnya Akiba. Akiba ni macam bandar khas untuk kipas susah mati gadget. Macam macam benda ada jual kat sini dan aku terbeli denshi jisho(Kamus Elektronik). Bagi aku, seorang yang kurang pandai bahasa Jepun nya, memang memerlukan denshi jisho ni. Disebabkan aku jenis yang rushing, aku terbeli yang mahal punyer. Harga dalam 27510yen (RM1047.77). Amek ko. Kawan kawan aku beli dalam RM400 je. Salah sendiri.



Ni la denshi jisho tu T.T



------------------------------------ Kanagawa Prefecture-------------------------------------


Seminggu selepas duk kat Hachioji Seminar House, aku dijemput oleh senpai(senior) yang baik hati untuk pergi ke tempat aku belajar iaitu Tokai University dekat Kanagawa Prefecture. Macam Negeri Kanagawa la senang cite. Sementara tunggu masuk rumah, kitaorang pegi settle kan gaikokujintourokusho atau nama pendek dia gaito(alien card) memang kami ni macam alien pun duk kat sini. Baru la paham perasaan bangla kat malaysia. orang tengok pelik je. HAHA. 

Bila dah settle gaito boleh la kami buat ginko koza(bank account). buku dan kad bank pun comel je. Tapi nanti aku upload gambar. ade kena edit sikit. Lepas bukak akaun bank baru la boleh beli enset. bukan senang macam kat Malaysia, asalkan ade duit boleh beli terus. Senpai bawak kami ke Softbank memandangkan semua orang guna softbank. Handphone yang tak lain tak bukan, Iphone 4S. Bila usha usha kat kedai tu, ipong ni la yang paling murah. so terpaksa lah dengan bayaran lebih kurang 50,000yen(RM1904.34). 


------------------------------------ Sankyo Gakuyu Kaikan-------------------------------------


Dengan kata lain, rumah aku. Punyer la panjang nama dia kan? Kalau nak tengok rumah aku camne boleh la tengok tengok balik post aku dulu atau sini. Sebelum masuk rumah, aku kena ikat perjanjian dengan fudosan(tuan tanah kot). dan aku perlu bayar sedikit wang sebelum masuk rumah termasuk duit sewa. total dia 94,000yen(RM3580.17). Mahal kan? Nak taknak memang kena terima hakikat sara hidup kat sini memang mahal.Semua bayaran dibayar dengan duit biasiswa bukan duit mak bapak aku. Alhamdulillah dapat biasiswa. :)


Dekat belakang rumah aku boleh nampak gunung Fuji dan boleh layan sunset. Pernah sekali aku tangkap gambar sunset ni. 


Cantik kan?




------------------------------------ Tokai University -------------------------------------

Tokai University merupak tempat aku menuntut ilmu. taknak bercerita pasal subjek ape aku amek sem ni. apa yang nak aku share dengan korang adalah kawasan U aku yang cantik. cantik nya ciptaan Allah SWT. Aku letak gambar je la ekk.













p/s : Sorry gambar senget. malas nak rotate. sila pusing kepala anda. :D













Friday, April 27, 2012

Cerita Sebulan Di Sini! Part 1.

Assalamualaikum

Alhamdulillah aku sudah sebulan di Bumi Sakura. Sekarang aku rasa aku nak cerita kehidupan aku dekat sini dari mula aku menjejak kaki disini hinggalah ke hari ni. Sebenarnya aku tengah bosan tu yang tertulis nya entry ni.

--------------------------------------  Dalam KapalTerbang Kertas  --------------------------------

Perjalanan ke Jepun mengambil masa lebihkurang 7jam. Tu dengan MAS lah, kalau naik sampan aku pun tak tau bila korang sampai sini. Hari hari sebelum fly aku masih selamber lagi ngan tak packing barang. Umi Ayah aku pun hantar sampai airport KB je. Taknak lah susahkan drive sampai sana. Eh, dah melencong ni. Dengan Kapten MAS yang sempoi, " Kalau ada ape ape, panggil lah pramugari kita tuh. tapi jangan la banyak sangat, dorang takleh rushing sebab pakai kain ketat. " sort of thing. Memang kelakar lah abang Kapten tuh. 



Best friend aku. tengok mane la faizul ni. haha.


----------------------------   Narita Airport - Hachioji     ---------------------------------


Tibanya kami dekat Narita Airport tu kami diiring oleh tiga orang pegawai YPM. Pastu dapatlah sejumlah wang tapi dalam bentuk traveler cheque yang kena tukar dekat money changer. Sementara menunggu budak budak ni tukar duit, cubaan pertama aku adalah untuk mengeluarkan asap dari mulut. jakun kan. sejuknya ya Allah tak dapat nak bayang. Kalau korang kata 16celcius tuh da cukup sejuk, inikan pulak 5celcius. Dalam bas lagi panas dari kat luar. 



lepak luar airport


2jam lepas amek gambar kat atas ni dah sampai Hachioji Seminar House. Lagi la sejuk dekat sini. Aku tak sabar nak rasa makanan jepun tetapi akhirnya dikecewakan dengan makanan yang kurang sedap. haha. Mungkin tak dapat sesuai kan diri lagi ho mugo suko make makane manis keyy (translate: sebab suka makanan manis kan ). Rindu sangat dekat makanan kelate sampai kuar loghat kelate. hee.


                           

                                       Makanan paling sedap dekat seminar house tu.

Disebabkan masih terlalu jakun, aku pegi jalan jalan ke kedai serbatakguna 7e dengan harapan boleh la cari makanan yang sedap sikit. Bila sampai je hampehh. lupa tanya apa yang boleh makan dan tak boleh makan. beli coke je la. T.T


                                      


Dan jumpa bas ni sedikit mengubati kekeciwaan aku. Aku syorkan rapidkl guna bas ni. baru la penumpang pun jadi ceria. 

                        



Biasa orang bawak balik kereta sport, bia aku bawak balik bas ni laaa, boleh?


p/s : Panjang sangat pun tak best nak baca kan? Malam esok aku update lagi ye. :)

Monday, April 23, 2012

Lake Town dan Bowling Kat Jepun?


Assalamualaikum


Weekend yang lalu aku rasa nak melawat sepupu yang juga senior aku kat SMKIP dulu. Tahun lepas masa dia kahwin aku tak sempat nak balik, last last jumpa kat Saitama, Jepun jugak. Kak Ami dan Abang Is bawak aku ke Lake Town. Lake Town ni shooping mall yang tersangat lah besar. aku rasa lagi besar dari Mid Valley kot.

Boleh la google sendiri macam mana rupa LakeTown tu sebab aku malas nak tolong carikan. HAHA. Thanks jugak kepada Abang Is dan Kak Ami sebab menerima kunjungan aku dan bawak aku jalan jalan dan masak serta belanja makan. 


Lepas tuh aku pergi melawat budak Shibaura University kampus Oomiya. Pegi makan sushi dan main bowling. First time aku main bowling kat sini. Main nagehodai (Baling Suka Hati Ko) maksudnya main 6games. Tau berapa aku bayar? 2350yen. Kalau convertkan jadi la RM88.90. Best sangat main kat sini dan  banyak beza dengan dekat Malaysia. Apa yang berbeza?


Kaunter bayaran berada di tingkat 2 dan tempat main adalah dekat tingkat 3. Main dulu baru bayar.


Bola dia pun macam menarik. Ni.




Tempat dia pun tak macam tempat bowling bagi aku. Mewah sikit. hehe.












 Pilih saiz kasut dulu baru dulu, baru tekan butang tu. Nanti dia kuar kat bawah macam vending machine. Tak payah nak tinggal sebelah kasut kat sini.








 Yang paling sakit hati adalah bila nak baling. Kat sini dia pasang video clip lagu kat depan. Kalau kat Malaysia kita letak gambar bendera semua tu kan. Ni dia letak video clip. Kalau yang macam ni tak kisah sangat.....






 Kalau kuar yang kat bawah ni tak ke masuk longkang...





Dan yang paling best adalah setiap sejam dia ade satu pertandingan yang dipanggil MoonLight Strike. Pada masa tu, sape yang baling dapat strike akan dapat hadiah dan gambarnya ditangkap serta diprint seterusnya kita akan dapat gambar tuh bila balik nanti. Menarik bukan?
Ni bila MoonLight Strike tuh.




Boleh jugak request lagu!!




Sekian sahaja cerita aku kali ni. Sorry kalau panjang sangat. Memang sengaja pun. hehe.




Friday, April 13, 2012

Indahnya CiptaanNya : Sakura #1



Assalamualaikum

Bila aku menjejak kaki kat Jepun ni, ada beberapa benda aku sangat sangat nak buat, tengok bunga sakura. Aku sebenarnya memang suka lah dengan pantai, gunung, sunset semua lah senang. rasa tenang je bila tengok semua tuh. Hilang serabut di kepala buat seketika. Nak cerita panjang pun malas lagi, tengoklah apa yang aku mampu upload :)




























Pic kat bawah ni diambil dari tingkat paling atas Istana Odawara. Nama tuh tak pasti sangat lah . haha





P/S : Sorry gambar tak lawa. Guna digital camera biasa je.

Monday, April 9, 2012

Menjejak Kaki Di Negara Matahari Terbit





Assalamualaikum


Alhamdulillah tercapai jugak impian aku nak belajar di negara matahari terbit. Kadang kadang aku terfikir, nape orang panggil negara matahari terbit. Hrmm, mungkin sebab subuh kat sini awal? matahari naik pun dah kul 4pagi. Memang tak biasa la den ngan masa kat sini, tido pun dah kul 1 pagi nak bangun kul 4pagi plak? Paham paham la ye.

Nak bercerita panjang pun malas sebenarnya, takpe la, aku letakkan beberapa gambar untuk tatapan keluarga dan sahabat handai.
















Ni plak sebahagian daripada rumah aku kat sini.











Buat masa ni, ni je aku boleh kongsi, yang sakura nanti ekk. Last but not least, this is my nyugakushiki (enterance ceremony)









Thursday, March 22, 2012

Ke mana selepas SPM?



Semalam penuh news feed dengan orang update pasal result SPM. Memang ada yang menangis, bezanya tangisan kegembiraan atau kecewa. Benda yang sama setiap tahun. Bagi aku, menangis tu bagus. Mungkin dapat hilangkan kerisauan. Sememangnya, jauh disudut hati seorang ibu dan seorang bapa berharap anaknya dapat straight A. tapi apakan daya, tiada rezeki. Nasihat aku,

Yang cemerlang, tahniah. Yang masih kecewa dengan result hari ni, sekarang ni bangun lah dari terus kecewa dan mulakan langkah baru. Buktikan kegagalan hari ini adalah pemangkin kejayaan esok hari. InsyaAllah.

Aku melihat dari orang yang dekat dengan aku, orang sekeliling aku. Yang dapat 5A 6A masa SPM dulu, semua dah mantap mantap sekarang. Yang paling jelas, tempat aku belajar. Orang yang tak straight A SPM dulu, sekarang top student. Jauh meninggalkan orang yang cemerlang masa SPM dulu. Point aku kat sini, tak semestinya korang gagal kat sini, akan terus gagal. Dan orang yang cemerlang SPM tak semestinya terus cemerlang. Apalah sangat cemerlang pelajaran kalau kurang cemerlang dalam akhlak?

Dah melalut dah ni. Aku nak cerita pasal sambung belajar selepas SPM. Bak kata kaunselor aku kat SMKIP dulu, cari penaja cari penaja!! sebab nak belajar free. bukan nak kena pinjam pinjam dengan ptptn. Memang la dapat ptptn tuh best, sape tak suka duit kan? tapi bila dah grad nanti, kena bayar balik. Macam mana pun, carilah biasiswa, even tak banyak, tapi cukuplah dapat meringankan beban mak ayah.

Aku ringkaskan kat sini, sape yang berminat nak pergi Jepun dan melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan, boleh la tengok tengok biasiswa under JPA ataupun Yayasan Pelajaran Mara(YPM). Yang aku punyer adalah tajaan mara. Japanese Associate Degree(JAD) ni bukan senang secara jujur aku cakap. Kalau JPA, kat Malaysia 2tahun dan kat Jepun 4tahun. tapi bagi JAD, 3tahun(diploma) dan 2tahun(degree) kat sana. Memang belajar engineering dalam bahasa jepun ni sangat sangat mencabar lagi lagi kalau kurang fasih bahasa jepun macam aku. tiap tiap kali exam aku struggle dan member lain ada yang bersenang senang. tuh aku cakap, tak semestinya score 11A SPM dulu menjamin korang terus cemerlang pada masa hadapan. Kalau ada nak tanya pape lagi, sila pm FB la ye.

Dan bagi yang berminat nak jadi cikgu, aku ada dapatkan sedikit komen dari rakan aku pasal nak jadi cikgu. Ni pendapat dia :

mmg kerjaya sbg guru nih sememangnya menuntut komitmen yg sepenuhnya drp kita, mmg klu stakat nk main2, mikir mudah bleh kerja ( sb IPG ni mmg link trus dgn MOE, jd mudah utk dpt posting).....baik xpyah amik ahh bidang nih. stkat ambe 2thn stgh dh dlm "tranning teacher" nih mmg kna hati tu nk tulus suci ahh bohh.. ready & prepare utk mendidik anak bangsa....klu stakat nk jadikn kerjaya guru ni sbg "LAST CHOICE"...baik xyah join ahh field nih. cikgu ni mmg kna komited kpd kerja kita, anak2 murid yg dtg ke sekolah setiap hari nih mmg terserlah d wajah
mereka ... dahagakn ilmu pengetahuan walaupun mereka tidak menyataknny dgn kata-kata.so, mmg brgntung kpd kita utk mencorak kain puteh yg mana pen & pensil tu berada d tgn kita utk mencorakkn & mewarnai nya.mmg lerr blaja di IPG nih mmg ala2 skolah krn masuk klas pon mmg pg2 hari lg (7.45 lg msuk klas bohh) ..... tp mmg ia adalah utk mmbntuk kta mnjadi pendidik sejati....lg stu, lecture yg ngaja pon mmg asal dr skolah mmg lepasan SPM nih perlu
utk membuat pilihan yg sebaiknya kra klu slah pilihan akan membawa kesengsaraan selama 30 thn lebih berkhidmat utk kerajaan.

InsyaAllah aku akan dapatkan dari pelajar medic kalau boleh. Nanti pape aku update. :)