Friday, April 27, 2012

Cerita Sebulan Di Sini! Part 1.

Assalamualaikum

Alhamdulillah aku sudah sebulan di Bumi Sakura. Sekarang aku rasa aku nak cerita kehidupan aku dekat sini dari mula aku menjejak kaki disini hinggalah ke hari ni. Sebenarnya aku tengah bosan tu yang tertulis nya entry ni.

--------------------------------------  Dalam KapalTerbang Kertas  --------------------------------

Perjalanan ke Jepun mengambil masa lebihkurang 7jam. Tu dengan MAS lah, kalau naik sampan aku pun tak tau bila korang sampai sini. Hari hari sebelum fly aku masih selamber lagi ngan tak packing barang. Umi Ayah aku pun hantar sampai airport KB je. Taknak lah susahkan drive sampai sana. Eh, dah melencong ni. Dengan Kapten MAS yang sempoi, " Kalau ada ape ape, panggil lah pramugari kita tuh. tapi jangan la banyak sangat, dorang takleh rushing sebab pakai kain ketat. " sort of thing. Memang kelakar lah abang Kapten tuh. 



Best friend aku. tengok mane la faizul ni. haha.


----------------------------   Narita Airport - Hachioji     ---------------------------------


Tibanya kami dekat Narita Airport tu kami diiring oleh tiga orang pegawai YPM. Pastu dapatlah sejumlah wang tapi dalam bentuk traveler cheque yang kena tukar dekat money changer. Sementara menunggu budak budak ni tukar duit, cubaan pertama aku adalah untuk mengeluarkan asap dari mulut. jakun kan. sejuknya ya Allah tak dapat nak bayang. Kalau korang kata 16celcius tuh da cukup sejuk, inikan pulak 5celcius. Dalam bas lagi panas dari kat luar. 



lepak luar airport


2jam lepas amek gambar kat atas ni dah sampai Hachioji Seminar House. Lagi la sejuk dekat sini. Aku tak sabar nak rasa makanan jepun tetapi akhirnya dikecewakan dengan makanan yang kurang sedap. haha. Mungkin tak dapat sesuai kan diri lagi ho mugo suko make makane manis keyy (translate: sebab suka makanan manis kan ). Rindu sangat dekat makanan kelate sampai kuar loghat kelate. hee.


                           

                                       Makanan paling sedap dekat seminar house tu.

Disebabkan masih terlalu jakun, aku pegi jalan jalan ke kedai serbatakguna 7e dengan harapan boleh la cari makanan yang sedap sikit. Bila sampai je hampehh. lupa tanya apa yang boleh makan dan tak boleh makan. beli coke je la. T.T


                                      


Dan jumpa bas ni sedikit mengubati kekeciwaan aku. Aku syorkan rapidkl guna bas ni. baru la penumpang pun jadi ceria. 

                        



Biasa orang bawak balik kereta sport, bia aku bawak balik bas ni laaa, boleh?


p/s : Panjang sangat pun tak best nak baca kan? Malam esok aku update lagi ye. :)

Monday, April 23, 2012

Lake Town dan Bowling Kat Jepun?


Assalamualaikum


Weekend yang lalu aku rasa nak melawat sepupu yang juga senior aku kat SMKIP dulu. Tahun lepas masa dia kahwin aku tak sempat nak balik, last last jumpa kat Saitama, Jepun jugak. Kak Ami dan Abang Is bawak aku ke Lake Town. Lake Town ni shooping mall yang tersangat lah besar. aku rasa lagi besar dari Mid Valley kot.

Boleh la google sendiri macam mana rupa LakeTown tu sebab aku malas nak tolong carikan. HAHA. Thanks jugak kepada Abang Is dan Kak Ami sebab menerima kunjungan aku dan bawak aku jalan jalan dan masak serta belanja makan. 


Lepas tuh aku pergi melawat budak Shibaura University kampus Oomiya. Pegi makan sushi dan main bowling. First time aku main bowling kat sini. Main nagehodai (Baling Suka Hati Ko) maksudnya main 6games. Tau berapa aku bayar? 2350yen. Kalau convertkan jadi la RM88.90. Best sangat main kat sini dan  banyak beza dengan dekat Malaysia. Apa yang berbeza?


Kaunter bayaran berada di tingkat 2 dan tempat main adalah dekat tingkat 3. Main dulu baru bayar.


Bola dia pun macam menarik. Ni.




Tempat dia pun tak macam tempat bowling bagi aku. Mewah sikit. hehe.












 Pilih saiz kasut dulu baru dulu, baru tekan butang tu. Nanti dia kuar kat bawah macam vending machine. Tak payah nak tinggal sebelah kasut kat sini.








 Yang paling sakit hati adalah bila nak baling. Kat sini dia pasang video clip lagu kat depan. Kalau kat Malaysia kita letak gambar bendera semua tu kan. Ni dia letak video clip. Kalau yang macam ni tak kisah sangat.....






 Kalau kuar yang kat bawah ni tak ke masuk longkang...





Dan yang paling best adalah setiap sejam dia ade satu pertandingan yang dipanggil MoonLight Strike. Pada masa tu, sape yang baling dapat strike akan dapat hadiah dan gambarnya ditangkap serta diprint seterusnya kita akan dapat gambar tuh bila balik nanti. Menarik bukan?
Ni bila MoonLight Strike tuh.




Boleh jugak request lagu!!




Sekian sahaja cerita aku kali ni. Sorry kalau panjang sangat. Memang sengaja pun. hehe.




Friday, April 13, 2012

Indahnya CiptaanNya : Sakura #1



Assalamualaikum

Bila aku menjejak kaki kat Jepun ni, ada beberapa benda aku sangat sangat nak buat, tengok bunga sakura. Aku sebenarnya memang suka lah dengan pantai, gunung, sunset semua lah senang. rasa tenang je bila tengok semua tuh. Hilang serabut di kepala buat seketika. Nak cerita panjang pun malas lagi, tengoklah apa yang aku mampu upload :)




























Pic kat bawah ni diambil dari tingkat paling atas Istana Odawara. Nama tuh tak pasti sangat lah . haha





P/S : Sorry gambar tak lawa. Guna digital camera biasa je.

Monday, April 9, 2012

Menjejak Kaki Di Negara Matahari Terbit





Assalamualaikum


Alhamdulillah tercapai jugak impian aku nak belajar di negara matahari terbit. Kadang kadang aku terfikir, nape orang panggil negara matahari terbit. Hrmm, mungkin sebab subuh kat sini awal? matahari naik pun dah kul 4pagi. Memang tak biasa la den ngan masa kat sini, tido pun dah kul 1 pagi nak bangun kul 4pagi plak? Paham paham la ye.

Nak bercerita panjang pun malas sebenarnya, takpe la, aku letakkan beberapa gambar untuk tatapan keluarga dan sahabat handai.
















Ni plak sebahagian daripada rumah aku kat sini.











Buat masa ni, ni je aku boleh kongsi, yang sakura nanti ekk. Last but not least, this is my nyugakushiki (enterance ceremony)