Monday, April 23, 2012

Lake Town dan Bowling Kat Jepun?


Assalamualaikum


Weekend yang lalu aku rasa nak melawat sepupu yang juga senior aku kat SMKIP dulu. Tahun lepas masa dia kahwin aku tak sempat nak balik, last last jumpa kat Saitama, Jepun jugak. Kak Ami dan Abang Is bawak aku ke Lake Town. Lake Town ni shooping mall yang tersangat lah besar. aku rasa lagi besar dari Mid Valley kot.

Boleh la google sendiri macam mana rupa LakeTown tu sebab aku malas nak tolong carikan. HAHA. Thanks jugak kepada Abang Is dan Kak Ami sebab menerima kunjungan aku dan bawak aku jalan jalan dan masak serta belanja makan. 


Lepas tuh aku pergi melawat budak Shibaura University kampus Oomiya. Pegi makan sushi dan main bowling. First time aku main bowling kat sini. Main nagehodai (Baling Suka Hati Ko) maksudnya main 6games. Tau berapa aku bayar? 2350yen. Kalau convertkan jadi la RM88.90. Best sangat main kat sini dan  banyak beza dengan dekat Malaysia. Apa yang berbeza?


Kaunter bayaran berada di tingkat 2 dan tempat main adalah dekat tingkat 3. Main dulu baru bayar.


Bola dia pun macam menarik. Ni.




Tempat dia pun tak macam tempat bowling bagi aku. Mewah sikit. hehe.












 Pilih saiz kasut dulu baru dulu, baru tekan butang tu. Nanti dia kuar kat bawah macam vending machine. Tak payah nak tinggal sebelah kasut kat sini.








 Yang paling sakit hati adalah bila nak baling. Kat sini dia pasang video clip lagu kat depan. Kalau kat Malaysia kita letak gambar bendera semua tu kan. Ni dia letak video clip. Kalau yang macam ni tak kisah sangat.....






 Kalau kuar yang kat bawah ni tak ke masuk longkang...





Dan yang paling best adalah setiap sejam dia ade satu pertandingan yang dipanggil MoonLight Strike. Pada masa tu, sape yang baling dapat strike akan dapat hadiah dan gambarnya ditangkap serta diprint seterusnya kita akan dapat gambar tuh bila balik nanti. Menarik bukan?
Ni bila MoonLight Strike tuh.




Boleh jugak request lagu!!




Sekian sahaja cerita aku kali ni. Sorry kalau panjang sangat. Memang sengaja pun. hehe.




2 comments:

  1. Wooo....syok gile port bowling 2. Anyway syakir, usha blog aku gk....haha. Promote2 kt sini. ;P

    ReplyDelete