Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Saturday, October 29, 2011

29 Oktober : A Day Out.

Assalamualaikum.



Penat. Tuh je aku boleh cakap lepas kuar semalam. But I enjoyed myself. Its not what I did, but being around them was something awesome. Aku kenal dorang mungkin baru je 1 bulan lebih, tapi dorang ni memang best. Tak perlu la nak cite dari A sampai Z sebab nanti aku akan cerita bila sampai masanya. So dalam entry ni aku nak cite apa aku buat semalam. Tuh je. Yang nak baca, baca, yang taknak baca, tekan je la iklan nuffnang kat tepi tuh buleh? :p




Awal awal lagi dorang dah cakap nak keluar 29hb. Aku tak tahu lagi free ke tak tapi bila malam 29hb ni aku tension dengan report dan pikir pasal test test minggu depan, dan risau pulak kalau dorang pegi bertiga. Bukan la dorang tak pandai bawak kereta, tapi kang sesat sampai Kelantan pulak..so aku buat keje awal sikit untuk berikan masa untuk dorang.





“ OK kul 10 lebih nanti kitaorang amek. “





Kul 10 tuh aku dah siap siap. Tunggu dorang mesej je. Tapi tunggu punya tunggu tak sampai sampai. Risau tapi takpe la, buat tak tau je. Tunggu lagi…tunggu lagi…..aih, buat keje la kejap. Sampai siap aku punyer report baru la dorang datang. Adoi budak budak ni, pegi mana tak tahu la.. HAHA.




Sampai je wangsa walk mall, wangsa maju, terus pegi jumpa kakak kakak kakak kakak ain zaini ni. dah memang ramai kena la sebut banyak kali kakak tuh. Aku ni tak penah malu kalau jumpa orang tapi sekali 10 orang kakak dia, tiba tiba aku jadi shyboy.
ß tipu sangat ni.



Jalan jalan, makan, main bowling pun menang lagi. Kesian ain. HAHA. Si nik pulak taknak main, raja pi main dengan geng dia. Pastu raja nak pi KLCC. Apa lagi, call la GPS bergerak, abang aku, tanya jalan sikit. Tapi masa on the way pegi KLCC, hampir hampir berlanggar kot. Ni aku geram nak kutuk kutuk driver 中国人 ni. memang camni je ngan driver中国人bagi je jalan kat dorang. Bodoh sangat kan.



Nak cari parking pun malu lagi. Confident je si nik cakap,



“ kiri kiri”




Terus aku belok kiri, “eh straight!!”




Terus aku pusing stereng tuh. Kena hon kot kat teksi belakang. Fuhhh. Lagi sekali. Hahaha. Bergadai nyawa nak sampai KLCC ni. Lepak kat taman tepi suria KLCC tuh, ada la pasangan mencuba ringan ringan belakang kitaorang duduk. Apa lagi, snap gambar laaa.





Tengok 2 orang kat belakang tuh- sebelum




Ain dengan Nik poyo disitu ;p



Macaroon morons. heh.


Lepas solat magrib pegi beli macaroons. Serius aku excited giler kalau boleh nak lompat lompat. DAH LAMA GILER AKU NAK MAKAN BENDA NI. RM3.90 untuk saiz besar sedikit dari syiling 50sen? Okay la kot. Orang kata manis giler tapi aku makan macam tak rasa pape pun, mungkin dah terbiasa dengan manis. Orang Kelantan kan suka benda manis tuh yang semua sweet sweet tuh… J



“Jom makan dekat dekat dengan KLCC. Berhenti je mana mana. Jumpa kedai terus makan.”



Cari punyer cari tiba tiba dah sampai shah alam. Makan je la dekat seksyen 7 tuh. Memang dekat pun dengan KLCC. Pastu pergi dataran shah alam yang aku first time sampai even aku dah menetap kat shah alam ni hampir 3 tahun. Borak borak sikit, kenang kisah mana budak budak.. then balik.



Serius aku cakap, aku rasa dah macam sayang kat dorang ni macam adik adik sendiri. Aku 20tahun dorang 18tahun. Macam adik aku je tuh. Do something bad to em, I’ll pay you twice the price.






Raja, Ain, Nik



THANKS A LOT FOR YESTERDAY. THREE OF YOU MADE MY DAY. ^__^

Saturday, October 1, 2011

BTN Telah Berakhir!!

Assalamualaikum.



Alhamdulillah aku dah berjaya menamatkan kursus Biro Tata Negara ( BTN ). Untuk batch aku ni pihak MARA buat dekat Kuaters KLIA, Nilai, Negeri Sembilan. Sebelum aku pergi hari tuh, banyak khabar angin yang mengatakan BTN ni tak best, torture, brainwash, sejarah dan bla bla bla.. Tapi apa yang aku boleh katakan, kalau korang pikir camtuh, korang SALAH!



Aku ni takde la minat sangat pun dengan sejarah, masa SPM dulu dulu mana pernah dapat A. Susah kot nak dapat A. Takpe, sebelum aku pergi BTN, aku cuba buka hati buka minda. Naik kan semangat nak menuntut ilmu. Kem ni 5 hari. 5hari ni takde la lama pun kalau nak bandingkan dengan sebulan tapi agak lama la kalau untuk BTN.



Kawan aku sampai je BTN, langkah kanan menjejak kaki di situ,


“Bila la nak Jumaat ni……lambatnya..” terus mengeluh. Belum pape lagi dah nak balik.


Kitaorang dapat bilik. Satu bilik 2 orang. Dah la ada tandas dalam setiap bilik. Fuhhh! Heaven ni.


Toksah cakap la pasal kemudahan dia, memang tiptop lah!


Sehari makan 6kali. Tak sempat lapar pun dah kena makan lunch, dinner semua tuh. Dah la lauk pulak banyak. Kalau duk sini sebulan, tak mustahil aku jadi gemok macam orang sumo. Aku tengok kucing kat sini pun perut besar besar belaka. Sampai hari ni aku tak rasa nak makan nasi…



Masa sesi Taklimat Kursus, Abg Fadz ( Pengarah Projek ) ni bagi kelonggaran untuk kitaorang pakai baju apa sahaja dan baju kemeja putih seluar slack hitam hanyalah pada waktu exam sahaja. Fuhh. Membazir lah yang beli 2-3 helai kemeja putih semata mata untuk BTN. Aku pun sama je. Kat sini ada kedai katanya.




“ Bang, kat sini ada kedai kan. Kedai tuh, kedai mamak ke? “ tanya member aku dengan selamber.



Terbaiklah soalan. Nak pergi tengok bola la tuh. Baik tak payah datang kem.




“ Kat sini adalah kawasan larangan merokok kecuali dekat Wakaf Menempah Maut berhampiran dewan makan “



Nah amek kau. Nak merokok sangat. Tapi aku setuju je. Memang menempah maut ape?



Sepanjang dekat sini aku belajar pasal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Memang bila dengar bab bab sejarah memang lah boring tapi fasilitator kami membuatkan sejarah itu menarik. Sangat sangat best belajar perlembagaan. Dan kat sini kami telah sedar, bahawa nak tukar sesuatu pemerintahan atau apa apa sahaja berkaitan negara, bukanlah semudah tukar baju. Banyak benda termaktub dalam perlembagaan ni dan disini, kita bangsa Melayu banyak mendapat keistimewaan.



Aku akan jelaskan secara mendalam dalam entry yang seterusnya.



Bila penghulu jerit,



“ PERHATIAN “


Kami jawab



“ MAHASISWA LUAR NEGARA “


Sungguhpun korang tengah berak sekalipun, kena jawab.



Dan abg Fadz cakap, lelaki sekarang ni sedikit, so kami kaum Adam akan menjadi rebutan ramai. Silap hari, 2 orang perempuan kena kongsi 1 lelaki. Setuju?



Sedikit kata kata yang aku petik dari kem ni,


Ada ilmu tiada harta, kita HAMBA. Tiada ilmu ada harta, kita ALAT.


Tiada ilmu tiada harta, kita SAMPAH. Ada ilmu ada harta, kita TUAN DUNIA. “




Bergambar sebelum balik rumah



RENUNGKAN LAH~

Saturday, August 13, 2011

Katak Terbang Itu Wujud!





Assalamualaikum.





Dah berkurun tak update blog rasa macam beberapa hari je. Sorry gays! Aku sibuk dengan exam tempoh hari. Yang aku tak leh blah dengan exam hari tuh, lecturer kata masuk lirik lagu, punyer la macam nak mati kami hafal, sekali tak kuar.




Semua orang tension… tapi aku tak. Sebab dah terbiasa tak boleh jawab exam kot.





Hari ni atas permintaan seorang peminat blog Katak Terbang, dia cadangkan aku cerita pasal katak. Hrmmm…anda kena paham. Peminat blog aku HANYA seorang. So aku tunaikan permintaan dia. Kenalkan Amir Kaki.



Ada orang cakap katak itu menggelikan. Bagi aku tidak. Katak tuh comel. Tak percaya? Tengok ni.





Katak Comel




Katak macho




Katak Bajet Hensem




Katak Ayu




KatakKucing



Ada orang ( Miera ) cakap katak pisang boleh terbang. Bagi aku ;



Katak pisang buat cokodok pisang lerr.



sedap weyh!



FAKTA : Daging katak merupakan daging exotic pada dahulu kala dan diiktiraf daging yang lebih sedap berbanding daging ayam penyet. Mengikut kajian Steven Clint, saintis dari Canada, daging katak mampu mengubat penyakit hati dan mencegah kanser, AIDS dan HIV. Maklumat lanjut, tekan saya nak makan katak!



Camne? Kan aku da cakap. Bukan korang nak caye.



Okay. KENAPA katak terbang dan bukannya babi terbang?



Sebab dah biasa tengok katak lompat. Dan aku rasa kalau la ada katak terbang, agak menarik. Unik. So aku buat sedikit research dekat google. Guess what? Memang ada katak terbang! WOW! Aku tak sangka menatang ni betul betul wujub.



Ni video aku dapat dari youtube. Sungguh guwa tak sangka!