Thursday, August 19, 2010

"Ka Ba Ra Ka Alif Ta Nun"

nampak gaya duit adalah segalanya.walaupun aku sendiri mungkin
tergugat dengan wang yang banyak, tapi aku tidak sekali-kali akan
mencuba untuk memperoleh wang dari sumber yang tidak halal.

anda mesti pernah dengar tentang MLM, Login Facebook dapat duit
beribu-ribu. kan? aku cukup pantang dengan benda macam ni. bukan apa,
seorang yang bernama kawan pun sanggup kenakan sahabatnya demi
kepentingan diri sendiri. bila duit menjadi keutamaan. banyak aku dengar
pasal benda ni. aku pun penah jadi mangsa apabila kawan aku penah ajak
aku jumpa kawan dia. aku ni layan je la, ingat ade orang nak belanja minum
makan. sape taknak makan free?

haaa, kenapa tiba-tiba aku cakap pasal benda ni? sebab aku menyampah giler
tengok orang tag aku kat pic duit bersepah-sepah, depan laptop dengan
skrin "FACEBOOK". penah sekali aku bertanya kat hamba Allah ni, macam mane
sistem ni. OK. dia cerita.

++++++++

apa aku kena buat. cari orang untuk jadi member. macam mana pulak dapat duit....
katakan aku jumpa A, dan A sanggup jadi member bawah nama aku. apa A
kena buat ialah bank in duit ahli iaitu RM100 direct terus ke akaun aku.
"WOW! terus ke akaun aku tuh! cepat giler dapat duit!" korang pikir camni ke?
aku tak.

so, kalau nak cepat kaya, cari seramai mungkin untuk jadi ahli bawah aku.
oh my.

aku ade perasan, benda ni takde sistem kot.aku rasa macam tipu orang je.
ye la.bank in terus kat akaun aku.then, dia nak duit, kena cari orang bawah dia.
entah la apa korang pikir. tapi bagi aku, aku tak suka.

++++++++

dari aku keluar dari perut mak aku, mak aku pesan,
"ang belajar betol2, tu je cara nak hidup senang."
bak kata mak , "ka ba ra ka alif ta nun"

aku sedikit terkilan la, bila abang aku sendiri suh aku masuk benda ni.
aku taknak hampakan dia, tapi aku tak nak tipu kawan-kawan aku.
Alhamdulillah, abang aku sedar jugak. tu la manusia.
bila terdesak dengan duit, apa-apa pun buleh jadi. tak pa la, sama2
kita ubah diri di bulan puasa ni.

p/s : hangpa rasa, apa patot aku tulis untuk next post?

3 comments: