Friday, July 22, 2011

Pemikiran Typical Menyusahkan.

Banyak ragam manusia dekat Facebook. Ada yang membuatkan aku ketawa, sedih dan panas. Yang buat aku panas ni la sampai aku rasa nak tulis kat sini. Sebelum aku teruskan, nah kasi lu orang tengok.

Klik untuk besarkan.

Oh! Sememangnya apa yang aku tulis kat sini adalah berdasarkan pendapat sendiri. Jikalau salah sila tegur aku yang jahil ini. Err, nak ke aku salahkan pemilik status diatas?

Ya lah, dah orang cop orang KL macam tuh cuba la ubah pemikiran orang orang yang berfikiran typical ni. Ini tidak, bagi aku bila dia tulis "pundek", "WTF" dan "live innn tutt" tuh lagi la buat aku bengang. WTF tuh sememang nya bermaksud What The F*ck dan BUKAN what the fish. Aku orang kampung tapi aku tahu lah.

Dan disini, aku tak berpegang kepada peribahasa Omputih "Dont judge a book by its cover" sebab kalau buku sekalipun, cover adalah penarik perhatian membuatkan orang nak baca. so penting jugak lah. Aku paham je perasaan pemilik status tuh sebab aku orang KELANTAN dan banyak cemuhan aku terima dengan hati terbuka.

"Kerana nila setitik rosak susu sebelanga" pun aku tak boleh terima. Tak semestinya kerana hanya segelintir pihak berkelakuan teruk, bermakna semua orang begitu. Anda sendiri tidak mahu didiskriminasi sebegitu kan? Adakah peribahasa tidak lagi boleh dipercayai? Anda tentukan.

No comments:

Post a Comment