Friday, August 20, 2010

Thursday, August 19, 2010

"Ka Ba Ra Ka Alif Ta Nun"

nampak gaya duit adalah segalanya.walaupun aku sendiri mungkin
tergugat dengan wang yang banyak, tapi aku tidak sekali-kali akan
mencuba untuk memperoleh wang dari sumber yang tidak halal.

anda mesti pernah dengar tentang MLM, Login Facebook dapat duit
beribu-ribu. kan? aku cukup pantang dengan benda macam ni. bukan apa,
seorang yang bernama kawan pun sanggup kenakan sahabatnya demi
kepentingan diri sendiri. bila duit menjadi keutamaan. banyak aku dengar
pasal benda ni. aku pun penah jadi mangsa apabila kawan aku penah ajak
aku jumpa kawan dia. aku ni layan je la, ingat ade orang nak belanja minum
makan. sape taknak makan free?

haaa, kenapa tiba-tiba aku cakap pasal benda ni? sebab aku menyampah giler
tengok orang tag aku kat pic duit bersepah-sepah, depan laptop dengan
skrin "FACEBOOK". penah sekali aku bertanya kat hamba Allah ni, macam mane
sistem ni. OK. dia cerita.

++++++++

apa aku kena buat. cari orang untuk jadi member. macam mana pulak dapat duit....
katakan aku jumpa A, dan A sanggup jadi member bawah nama aku. apa A
kena buat ialah bank in duit ahli iaitu RM100 direct terus ke akaun aku.
"WOW! terus ke akaun aku tuh! cepat giler dapat duit!" korang pikir camni ke?
aku tak.

so, kalau nak cepat kaya, cari seramai mungkin untuk jadi ahli bawah aku.
oh my.

aku ade perasan, benda ni takde sistem kot.aku rasa macam tipu orang je.
ye la.bank in terus kat akaun aku.then, dia nak duit, kena cari orang bawah dia.
entah la apa korang pikir. tapi bagi aku, aku tak suka.

++++++++

dari aku keluar dari perut mak aku, mak aku pesan,
"ang belajar betol2, tu je cara nak hidup senang."
bak kata mak , "ka ba ra ka alif ta nun"

aku sedikit terkilan la, bila abang aku sendiri suh aku masuk benda ni.
aku taknak hampakan dia, tapi aku tak nak tipu kawan-kawan aku.
Alhamdulillah, abang aku sedar jugak. tu la manusia.
bila terdesak dengan duit, apa-apa pun buleh jadi. tak pa la, sama2
kita ubah diri di bulan puasa ni.

p/s : hangpa rasa, apa patot aku tulis untuk next post?

Monday, August 16, 2010

Kisah Bazar Ramadhan.


Satu malam selepas terawih, dalam tazkirah nya
mengatakan bahawa bulan puasa ni, bukan bulan pesta makan,
tapi pesta untuk beribadah. PESTA IBADAH! anda buat anda dapat.
ok. aku tokok tambah la sikit ya. bila ustaz ni cakap pesta ibadah, tak
tercapai dek akal ku untuk bayang macam mana suasana pesta ibadah.
ang try la imagine? buleh dak? bukan apa, bila pikir PESTA ni, mesti la
suasana yang riuh dan gembira, berseronok sakan. kan?
ke ada ang sembahyang sambil gelak? kalau ada, memang sah ang ni tergolong
kat hospital sakit jiwa.

ok. apa aku nak sebut kat sini pasal bazar ramadhan la. sama macam
cakap pesta MAKAN. bulan puasa kali ni, baru sekali aku pegi. tu pun sebab
aku lalu tempat tuh je. singgah kejap. tuh dia, orang ramai sibuk nak beli
makanan. bawak anak cucu. macam pegi midvalley pulak ye. takpa.
aku dengan selambe pakai crocs cacat sebelah jalan kat tengah tu.
duk usha makanan, bau dia, sedap~~ jalan lagi, kat kedai roti john ni,
pasai pa bau semacam. perghh. patot la, kedai sebelah longkang rupenye.
mangkuk betol lah. ramai pulak orang membeli kat kedai tuh. aku kalau
boleh dah nak muntah-muntah kat depan kedai dia.

macam biasa aku jalan cari air soya. jumpa. beli sebungkus. jalan je,
aku dengar suara yang familiar, lembut, menyapa aku,

"meh dik, beli air. air jagung ade, soya ade, asam boi ade"

kurang asam punye makcik. aku baru je beli. tak nampak ke aku tengah
pegang air ni. nak kena baling ke ape.

"oh mak cik, lama tak jumpa, ari ni...saya nak air hate u? ada?"<------aku tambah je ni

ok. aku blah buat-buat tak tau je. tengok kanan, ade nasi lemak kukus.
sebenarnya aku teringin nak makan nasi kukus. takpa la. nasi lemak pon on je.
beli sebungkus, rm5. dah malas nak jalan, baliklah.tengok murtabak pon
takda selera. sebab aku jamin 100% tak sedap. mamak, nak aku ajar ke cara
buat murtabak?

semalam aku pegi bukak puasa kat pizza hut. entah nape tiba-tiba rasa
nak makan pizza. cheh. punyer la budak tuh nak makan banyak. sekali
tak abis. awak, ape dah nama benda tuh, "italian roll?" "sardin roll?"
"rock n roll"? aku tak ingat. tapi takpa. aku bahagia semalam. (^_^)

tulis entry boleh pulak, folio sejarah ape pun tak sentuh lagi. (T^T)

Saturday, August 14, 2010

Sambungan...



time bukak pose, aku ni jenis rambang mata bila tengok makanan.
bukan aku sorang. sape2 pon. antara apa yang wajib masa bukak
pose adalah air soya! aku pun tak tahu since when aku suka air soya
ni. kadang-kadang sampai ade 3 bungkus. ye la, hari ni punyer 2, yang
tak abis semalam 1 bungkus. taktik aku bukak pose, makan depan tv,
pastu menghilang.ke mana? dah kat atas katil. tunggu nak lelap je.

Kalau bab sembahyang terawih, aku suka tunggu aweks depan pintu pagar umah
aku. maklum lah. umah aku ni depan masjid. habis je 8 rakaat, berdiri tegak aku
depan rumah,

"phewwitt! awak tuh, *wink2*"

Sekali aku buat, 2-3 orang tengok. yang tak leh blah, mak cik tengok ngan
muka garang. pasai pa, pasai aku usha anak dia. terkantoi la pulak. tengok dari
belakang, sama ja. kan pakai kain sembahyang. =_="

++++++++

aku ni jenis suka bersukan. so petang-petang ramadhan pon aku nak bersukan jugak.
pegi padang, join mereka men "bola katok" a.k.a. softball versi kampung.
cara nak men :

1)susun selipar, buat satu bulatan. kat tengah bulatan untuk pitcher.
2)kat depan pitcher, lebih kurang 4 meter, adalh pemukul bola.

hangpa pikir la, 4 meter! sekali pukul bola kena tuuttttt! menanges. pastu yang lagi best,
kalau kayu terlepas dari tangan, kena kepala ang? terbaek!Pastu, kalau ang pukul bola,
team lawan dapat sambut bola tuh, semua pakat lari..timeni la bola terajang, tumbuk org..

dah penat men, dahaga la pulak. kalau dah tak tahan, merayu kat mak aku nak bukak pose.
padahal 30minit ja lagi nak bukak. tak leh tahan.

"maak, nak minum...nak minum.."
"tu la mu, gi main lagi, kejap je lagi.."
"nak minum...........gulp."

tanpa mak aku sempat balas aku da minum....

p/s: masa kecik je.

+++++++++

sekarang aku teringin sangat nak makan kelantanese food. boleh sapa-sapa tolong masakkan?
sape boleh buat cokodok pisang aku bagi rm50. *terms and conditions apply.

Thursday, August 12, 2010

Dah start daaaa....

Bila masuk bulan puasa ni, sibuk semua orang nak beli baju raya, kuih raya, hantu raya,
perabot baru, pelita dah pasang dari tangga umah ke kg sebelah.. tak gitu? kepala hot hang!
puasa pon baru 2 hari dah pikir raya.
sabaq dlu. meh kita ngadap apa yang perlu :-

baca Al-Quran, kalau boleh habis kan 30juzuk. aku sendiri pon tak penah. KOT.
puasa, memang wajib la. len la klo ang tuh dari kalangan pompuan.
sahur? oh. aku sahur kul 2am la nampaknya. sebab semalam berier masak nasi. konon
nak bangun masak. hampeh. 6.30am aku bangun, boleh sahur lagi ke?

Apa aku nak cite ni. Meh tengok sejarah hidup aku.

+++++++

Dulu-dulu, time kecik dulu, sebelom jadi galah macam sekarang, aku boleh dikatakan
suka bulan ramadhan. bukan suka puasa, ang paham2 la, budak2, mesti main je keje.
so, aku main mercun. kadang2, berpuluh-puluh ringgit abis aku bantai mercun. macam
beli makanan nak bukak pose pulak ye. tuh hah. koleksi mercun aku. kalau jumpa ngan kastam, berjuta-
juta kena saman.

Masa tuh, aku form 1. menjadi ketua main mercun dalam kalangan budak-budak. abih ja solat
isyak, aku ajak geng aku (sepupu sepapat sepapan) ke padang. dengan bekalan bom yang kami
bawak, kami yakin dapat menggegarkan kampung. terutama imam yang tengah solat terawih. "bomm!!", tersasul pulak imam.tuh dia. macam perang kat palestin. bercahaya. duk sibok men mercun, datang la sebuah motosikaldari belakang. pergghh. aku ingat sapa la nak join aku men. skali polis pulak. tapi time tuh gelap. mana laa aku nampak.skali kena tumbuk ngan polis tuh, kelam kabut aku keluarkan semua mercun kat dalam poket. mujur la ade spupu aku
terselamat ( berjaya lari ) tinggal bos korang ye.
pastu polis tuh tanya,

P:"mano mu beli pedo ni?" [kat mana beli mercun ni?]

S:"keda...keda.....alik ilir..." <----dalam ketakutan [kat kg sblh]
P:"aku tau la, keda mano?" [aku tau tapi kedai mana]

S:"kedai uja nuh....(padahal kedai tuh xbersalah pon)" <---ni dah menangis ook.

dia percaya, dan ugut nak bagitau bapak aku [aku rasa mcm dah berakhir da riwayat aku]
ang tau la, bapak aku macam mana. garang. dah orang pi solat, aku pi main mercun.

setelah memberi sedikit rasuah dan alasan, aku dilepaskan. tapi aku tipu pasal kedai tuh sebab akunak men lagi. hahaha. bodoh, xpenah insaf.balik umah, buat muka selamber. rilex. tapi xtahan menerima ugutan dari adik aku. ciss, mentang2 ang terlepas malam tuh. cilakak.
*cerita diatas hanya mereka terlibat saja tau. bapak aku pon, kalau baca post ni
baru dia tau. tp bapak aku xpenah pulak tau aku ade blog. haha.


+++++++
beberapa tahun lepas tuh, aku da xde minat kat mercun sebaliknya aku tengok je pewaris(budak2) aku men.jarang2 tuh join jgk. tapi xmen la mercun biasa2 bro. tuh yang meletup kuar bunga, kadang2 nampak macammuka bapak aku.

+++++++


dulu2, orang kata, kalo x puasa penuh, xdapat duit raye. terpaksa aku puasa penuh. ni time kecik2 dlu la. pastu kalau bab duit raye, kadang2 mak aku suka buat cabutan bertuah. penah skali tuh aku dapat RM50.aku berier gelakkan abang n kakak aku. rupenya mak aku tambah Rm50 sorang. tsumari, aku dapat plg sket? haa.

Pastu klo time kecik2, pegi jalan merata. kutip duit. sampul pun dah tebal 2 inch. duit apatah lagi. pastu,kasi kat mak aku simpan. bila mintak balik, mak aku cakap dah bank in. padahal mak aku guna bagi katbudak-budak laen. cheh. time besar ni aku baru tau, sebab aku buat benda sama kat adik bongsu aku..

Kalau kat kg aku ni, ade masjid. tiap2 ari ade makan free. bukan chikai2 brader. tuh nasi minyak, nasi dagang, nasi ayamnasi beriani, nasi basi pon ade. air sirap bandung. fuhhh. masyuk....tapi bak kata bapak aku, pegi awal masjid. ikot tok imamberzikir dulu. tp aku pegi lewat jgk. kan rumah aku selangkah je dari masjid. hee. duk kat tepi pintu. betol2 depan nasi.
kot-kot tak dapat nasi. ble dah abis doa, semua serbu berebut tempat, yang tua muda miskin kaya semua sama. betumbuk pon ade. aku la tuh.

+++++++

aku ni boleh kata pelik sikit. time muda-muda dulu, aku tak boleh makan kurma. sebab apa?
sebab aku nampak macam lipas. geli nak makan. tapi sekarang dah besar. so, reti beza kurma nganlipas.ngeee.kalau makan buah melaka pulak, aku akan buang semua kelapa dulu baru makan. sekarang dah boleh makan da.sepanjang duk kat shah alam ni, tak penah pulak aku jumpa buah melaka yang betol-betul sedap.yang lagi pelik, warna warni. korang ingat ape? suka hati je taruk pewarna.

penat lah. nanti aku sambung ar...

Saturday, August 7, 2010

Listen To Treasure

Actually i got this song from someone called friends. Eventhough i listen to many Japanese
or Korean songs, there not many i like when listen them for the first time. So, here it is.
This make me calm. Thanks.



Monday, August 2, 2010

Gua Tak Suka Sama LU!


Post ni aku tulis sebab terbaca something kat OhTidak!.
Bila aku sebut cyclocosmia torreya, apa korang pikir?
Artis ke?





NAH!! Ini bukan artis cun yang korang sume dok pikir tuh.
Cyclocosmia Torreya ni labah-labah atau dikenali jugak sebagai spider lah.
Ini jenis rare. Hanya bo0leh didapati di Jusco. xD
*Kalau ade jugak pegi cari kat Jusco, kalau jumpa gtau aku ekk.

Bila tengok kat bontot dia, ade macam corak kan. So teringin jugak aku
nak sekor, bukan ape, boleh laa aku buat cop, macam sensei jepun
cop shukudai korang tuh, "ganbare + ade muka sekor berok kat tepi"..

Kat sini, ingin aku kongsi sedikit perihal diri sendiri.

++++++++++++

Masa aku kecik-kecik dulu, ada satu movie ni. Nama dia Spider kalau tak silap.
Alaaa, movie tuh laaa, yang pasal spider sebesar bangunan tuh.
Search je kat YouTube!...
Maklum la, time kecik-kecik dulu memang mudah terpengaruh ngan movie.
Dalam movie tuh, spider ni serang manusia n entah pape lagi,
lepas tuh Ultraman datang menyelamatkan keadaan. (part ni tipu je)

Lepas tengok movie tuh, aku terus takot sama encik labah-labah ni.
Tapi kalau yang kaki 2, aku suka pulak. Spiderman.
So, i'll take it as spiderphobic la. suke hati je kan?

++++++++++++

Time dulu-dulu, bila masuk toilet nak mandi,
tengok bawah ade spider sebesar tapak tangan.
Apa lagi? Lari la jawabnye. Meninggalkan segala-galanya
kat dalam tandas.Bogel pon tak kisah, janji aku selamat. :P
Memang aku takkan masuk selagi spider tuh ade
kat dalam.
Cara penyelesaiannya >>> Ridsect kat tangan kanan, penyapu kat tangan kiri.

mula laa peperangan aku kat dalam tandas tuh. Keluar ngan muka bangga sebab
berjaya mengalahkan spider. HAHAHA. <<-----ni masa kecik je taw.

ok, sampai sekarang pon aku still takot lagi ngan spider.
bukan penakut tapi inilah aku. :D