Saturday, March 19, 2011

Pasai pa ang buat keje ni?!

Assalamualaikum. Uhuk uhuk. Penat menjerit semalam semasa menonton secara langsung dengan anak mata ku sendiri perlawanan FELDA vs KELANTAN yang mana KELANTAN menang secara agregat 5-2! SYABAS! Oh, aku terharu dengan kipas susah mati ( die hard fans ) TRW ni sebab sampai ada yang bergayut kat pagar stadium. Memang penuh even u cant move an inch. To FELDA, kamu kalah tanpa maruah. Such a dirty game, tuih!





Aku balik dengan keadaan penat dan kenyang sebab sempat tibai sepinggan mee goring + milo ais sebelum balik ke rumah, selesai solat aku tidur. Entah kenapa aku tak selesa tidur malam tadi. Kejap ke kanan, kiri, pastu tertunggeng, last terjatuh katil. Selalunya aku takleh tidur sebab aku rindu kat seorang tuh, tapi malam tadi? Entahlah .


Last-last aku bangun jugak buat apa aku terus terkam Facebook! Memang takde keje sepatutnya aku patut semayang tahajud ke. Keh keh. Malas punyer pasal. Namun disini lah bermula detik hitam aku.


Dah boring aku main Facebook rasa nak main card tricks pulak yang aku tengah berlatih sekarang ni sebab kebosanan melampau kat umah ni. Pegi dalam bilik nak amek kad, eh eh? Mana mana kad aku?! Tak jumpa cari, flash back balik, memang aku bungkus dalam plastic pastu letak tepi kepala masa nak tidur bersama baju TRW segalanya. Angkat katil almari iron kucing semua kot kot ada, cis! Takda! DOKODA!!!


Jap, aku tak nampak pulak wallet aku, tak nampak pulak jam aku. Makin berdebar aku, aku dah la jenis pelupa, kejap campak sini, kejap sana silap hari aku buang dalam tong sampah. Aku terus menyelak langsir lalu melihat tingkap yang terbuka luas gajah pun boleh muat. Secara freestyle pun sapa sapa boleh masuk, aku terus kejut bapak aku, sebab cuak sangat. Mana boleh stay cool lagi kalau camni.



Sapa la punyer keje bangang sangat pegi masuk ni. Siap ada kerusi lagi buat panjat tingkap. Better guna tangga, boleh ko panjat bumbung sekali. Meh aku listkan barang-barang yang hilang,

1- Denshi jisho ( Kamus elektronik ) Bahasa Jepun

2- Jam tangan hadiah daripada mak aku.

3- Earphone SonicGear

4- Kopiah

5- Wallet bersama kad-kad penting

6- A DECK OF CARD LOL!


Yang aku takleh blah, nak marah pun ada jugak, tapi si mamat ni memang kelakar giler sebab amek kopiah aku ngan daun terup aku. Ingat kan amek kopiah aku nak buat pegi semayang kat masjid sebelah. Berapa sangat la ko boleh jual daun terup tuh, aku beli pun dah rm2 takkan la ko nak recycle? HAHAHA. Ok. Wallet aku pun nasib baik ada rm23 je. Kalau tak, menangis jugak aku. Jam tangan? Sedih sebab mak aku yang kasi sebab beli khas untuk aku tengok jam dalam dewan masa jawab SPM dulu dulu. Kejap tuh, aku pusing pusing kawasan umah aku, pastu aku jumpa kopiah. Pagi tadi, jiran aku pegang earphone aku, nenek orang nak buat apa ngan earphone pastu dia pulangkan kat aku. Lagi bengang kalau pikir IC, lesen, kad bank CIMB ngan insurance card. Bukan ke satu kejadah nak pegi buat semua tuh balik. Dah ler guna duit bukan guna daun! PENAT! Lagi menyedihkan aku bila aku pikir mana la aku nak cari balik denshi jisho aku tuh, kalau ko boleh guna takpa jugak, komfem komfem sepatah haram ko tak paham. Nak on off pun tak reti. PLEASE. Im begging, tolong pulangkan denshi jisho aku sebab aku nak belajar dah la aku dah berazam nak belajar betul betul tapi ko potong stim betul la.


Kiranya aku bertuah sebab masa aku kuar pegi main facebook tuh aku pegang enset aku kalau tak hilang la semua contact aku serta paling penting, gambar “CADBURY” aku. Sobs. Macam aku kuar bilik, dia terus masuk dari tingkap. Kalau terserempak ngan aku, komfem aku tarik, bagi ceramah sikit, camni


“Nak duit, gitau, bukan tak nak bagi. At least kalau nak mencuri pun, ambil duit cukup la, nih ko amek IC, Kad bank ngan lesen aku pehal! Dah la lesen aku lusa dah tamat tempoh. “


I guess he a bit unlucky this time coz all things he stole kinda useless or not very useful. So next time, use your brain. Bak kata masitah, kalau orang mencuri, jangan dipotong tangannya, bagi la modal so dia boleh berniaga. apekehel!


U just got pawned and I will kill u like GODLIKE dota. Dah penat aku pusing kampung sebab ingatkan jumpa la jugak barang barang aku yang lain. Sampai jiran aku pun tegur, “buat apa ngan torchlight” aku pun macam terkedu jugak, “buat apa aku bawak torchlight kalau dah siang terang tang tang macam ni”. Fail kat situ. Malu pun ade. Selamba je ngan kain pelikat jalan jalan satu kampung.


nanti aku nak buat rumah tanpa pintu dan jugak tingkap. gerenti selamat. and i would set up some safety that would launch a rocket when u get near! like this.


really in bad mood! cheer me up. PLEASE!

5 comments:

  1. sabo jelah.. aku rasa dia mmg xde keje tu kot bantai curi mende2 cm2.. haha~

    ReplyDelete
  2. sabor je la ye syakir...
    mgkin ada hkmah di sebalik semua tu...
    mgkin semua tu ujian wat ko...so, bnyk2 la wat solat sunat ye...
    lawak jga citer ko..'
    thanks la ye blh hilangkan tension aku...
    aku harap semua mslh ko blh diselesaikan dengan mudah...

    ReplyDelete
  3. syakir, aku nak gelak dulu boleh x?? HAHAHA. cara ko cita mcm lawak lahhhh. :P sorry2. ok2. mood serius. ehem. sian gila kat ko.xpa2. atleast jadi wktu cuti2 nih. ada la menda nk diisi dgn masa yg hima sugiru tuh :D kiranya, skng nih ko pendatang la eyhh :p hehehe

    ReplyDelete
  4. reef > sebab dia sempat masuk bilik aku je kot. nasib baik dia tak amek iron tuh.

    LC > ni mmg slalu smyg hajat la ni.insyaAllah. semoga Allah permudahkan.

    arini > arini, aku tak hima sugira pun. isogashii ade la. lgpun, leceh kot nak pegi bank,JPN, JPJ. plg sedeh, mana nak cari jisho. T^T

    ReplyDelete
  5. heee.beli je la sesiap. krm kt senpai. sbb nnti g nihon kena bli sndri gak. :D

    ReplyDelete